Thursday, March 10, 2011

kelahiran : Firas Ihtisam

Mula-mula ingat nak buat 2 part, tapi rasa macam x best la plak. Biarlah panjang berjela. Sape yang sabar akan baca sampai habis. Selamat membaca ! :)

Walaupun Firas hampir 1 tahun da, tapi aku still nak tulis pasal Firas Birth Story. hihihi. Nampak macam da basi jer. Tapi x basi lagi bagi aku.

Firas lahir 6/4/2010. Tapi itu setelah di induce kerana due sebenarnye adalah 30/3/2010. Pada hari due 30/3/2010 aku ke klinik KKIA spt biasa. Check up yg biasa. Ade nurse yg tanye "eh ingat awak da bersalin". Aku senyum saja. Selepas 30/3/2010 tuh, aku kene pergi check up every day selagi baby x kuar. Sampai la 5/4/2010 pagi aku pi check up. Tetibe nurse yg check aku ckp aku kene refer to HTAA kuantan sebab da lebih due. Aku bajet kene naik ambulans. Rupe2nye kene pergi sendiri saja. Call mr. adib dan dia pi mintak cuti then aku balik umah utk jumpe ibu ngn ayah.

Masa balik umah muka ibu saspen je. Aku cakap kene pi HTAA sebab da lebih due. Ibu kata takpe, aku pi dulu ngn mr adib. Ibu akan ikut petang karang. Masa kt rumah, aku kemas2 beg, beg aku ngn beg baby. Hati tak keruan x terkata. risau giler. Rasa takut menyelinap. Sebab nurse cakap esok mesti aku bersalin jugak. Huhuhuh. Risau giler. Da siap kemas baju aku makan mempelam. Masa pregnant aku suke sanaat makan mempelam. Makan Rambutan. Feveret. Wajib ada buah2han dalam fridge. Ingat lagi masa kupas buah mempelam tu siap tanye ibu " ibu nak mempelam ni?" Baik hati offer mempelam kt ibu. Ibu takmau pon. Siap makan mempelam, rehat2 dulu. Pukul 3 lebih baru bertolak ke HTAA. dari muadzam ke HTAA dalalm sejam sengah.

Dalam perjalanan, meluahkan rasa takut ke mr adib. Dia rilex saja. Biasala bukan dia yang bersalin pun. Sampai di HTAA lebih kurang kul 6. Then pegi kt Low Risk punye dept.  Masa sampai tuh aku mmg pakai seluar mengandung. Di kaunter pendaftaran, ( aku buat mcm pertuturan biasa la. senang nk baca)
Nurse: u ada GL tak?
Aku: apebende GL?
nURSE: Husband keje gomen ke?
Aku : Aah. Pharmacist.
Rupe2nye, Guarantee letter. Kalu ade guarantee letter x yah bayar entry fees kot. Dan mr adib tade pun guarantee letter. Nurse tu pon cakap kalu ade guarantee letter u boleh dapat first class punye bed sebab hasben U41. Hurmm... mana la aku nak tau. 

Then, lepas daftar nurse suruh aku pakai kain batik untuk cek bukaan. Huwaaa, takutnye. Tapi perasaan takut itu ditelan bersama-sama air liur sahaja kerana aku nak tgk baby cepat2. Masa baring2 utk cek bukaan tuh aku berdoa supaya doctor perempuan yang akan aku jumpe. Syukur ya Allah. Ada seorang doktor perempuan yang cek bukaan aku. Masa dia cek perut aku letak CTG seme sempat aku tgk id dia. Muda lagi doktor ni. Tu yang aku risau. hhihihi. Selesai cek bukaan buat kali pertama yang mengilukan dan sedikit menyakitkan, doktor cakap tade apa2 bukaan lagi. Dalam hati aku, sebab tu aku mmg tak sakit pape pun agaknye. Then, nurse arahkan aku untuk tunggu sekejap. Sebab sekejap lagi ade nurse yang akan bawa aku ke ward tingkat berapa da tak ingat. Tunggu la dalam 20 mins then aku  ikut nurse bersama-sama dengan 3-4 org perempuan2 mengandung yang lain. Ramainye orang nk bersalin. Sungguh menakutkan.

Sesampai ke ward bersalin high risk. Aku dalam kategori high risk sebab lebih due. Rasa macam masuk asrama. Katil- katil berwarna putih membarisi depan mata. Dalam hati terpk: alamak, malam ni nak kene tidur sorang2 ke kt sini. Takutnye.... Then, ada seorang nurse memberikan penerangan, berkenaan wad-wad dalam hospital ini. Ade 1st class, 2nd class n third class. Sejujurnye di dalam hati kuinginkan 1st class. Tapi dek kerana ward penuh dan GL yang tiada lagi, aku dipilih utk ke 3rd class. Kebebasan memilih katil membuatkan aku pilih katil betul2 tepi pintu masuk. Da duduk atas katil mataku bergenang. Sebab aku bengang kene masuk 3rd class. hahahaha. kelakar pulak ingt

Tak lama lepas tuh, yeay! ibu ngn ayah sampai. Reda sikit hati yang sedang gundah gulana. borak-borak ngn ibu. Almaklumlah, x sakit ape2 pon. Rilek saja. Pukul 7 da habis waktu melawat. Mr Adib pun x ley tggu. Tapi Mr Adib cakap dia ddk kt hospital saja. Takut2 aku deliver tiba2 malam tuh. Ayah ngn ibu tumpang tido umah Ma ngn Abah kt balok (terima kasih ma & abah). Bile malam menjelma, perasaan x tentu hala dah. Dengar orang sebelah katil sakit nk bersalin. Aduhai... luluh hati aku tgk. Nak pandang lama-lama x berani. Kakak depan katil orang seblah tu tolong urutkan belakang badan dia. Aku tgk saja. Sebab aku ketakutan. Aku cuba pejam mata tapi x boleh. Sebab aku dengar rintihan-rintihan halus. Aku dengar dia cakap "Ya Allah" "Sakitnye". Huhuhu. Aku terpk adakah esok aku seperti itu. Malam itu rasa ketidakpuasan hati menjadi hebat sebab aku kt 3rd class. Aku mesej mr adib sampai dia da tanak layan sms aku. Last aku sms adik aku Najla. Sebab dia nurse kt Columbia Asia Hospital. Dialah kasi nasihat kt aku. hihihihi. aku macam budak-budak time tu. Asik merungut. Kene gigit nyamuk besar kt HTAA tau. Katil aku x kene kipas, lagi menambahkan kepanasan yang da sedia ada. hahahaha. Dalam kepanasan aku tido jugak.

Seawal jam 4.00 pagi ade nurse kejutkan aku suruh mandi. Aku bangun mandi dan tggu subuh. Nurse suruh mandi awal sebab nnt pukul 6.45 doktor dtg nak cek. Tepat jam 6.45 aku dan rakan seangkatan pun diarah memasuki Bilik Rawatan. Seram sejuk kaki masuk blik tu. Sebab nurse cakap aku akan dimasukkan ubat. Seorang demi seorang ibu mengandung dipanggil dan baring di atas katil untuk diperiksa. Cuma kain je yang memisahkan dengan pesakit2 lain. So, macam2 bunyi dengar. Ada seorang pesakit menjerit masa masuk ubat sampai doktor cakap "ini baru masuk ubat, bukan nak bersalin lagi ye, cuba tahan sikit". Phewww..... aku terus berazam untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi nanti. Ya Allah bantulah hambamu ini. huhu. Jantung berdegup kencang tatkala nurse memanggil namaku. ketika doktor masukkan ubat. Aku x menjerit pun. cuma menahan sakit. Takut kene marah nanti. Seusai memasukkan ubat, nurse mengarahkan aku untuk baring dikatil berhampiran denagn meja pendaftaran. Mengikut teori, ubat yang masuk akan memberikan rasa kontraksi selepas 5-6 jam. Aku x ingat. yang aku ingat aku masuk ubat dalam 7.45 pagi. Aku breakfast as usual. Baring2 as usual. boleh lagi aku buat puzzle. sebab aku x sakit sampai kul 1 petang. No contraction at all. 

Tiba time melawat, ibu ngn ayah datang. mr adib datang juga. masa tu aku da start contraction sikit- sikit. tapi x sakit sangat. cuma x berapa selera nak makan. tapi tetap makan. borak-borak  macam biasa. aku ceria lagi time tuh. Then, ade nurse datang suruh aku pergi ke 2nd class punye ward. Ok la sikit dari 3rd class. lepas tamat waktu melawat, aku nak pi solat. tiba-tiba aku rasa macam ade air keluar. Bajet air ketuban. Rupa2nye darah. Dan.... SELEPAS itu, segala kesakitan bermula. Aku x boleh duduk. Aku x boleh berdiri. Aku nak ke toilet, aku patah balik. Sangat sakit. Sakit belakang. Seme sakit. Aku pi jalan sambil tekan2 tepi perut. cakap dengan sorang kakak tuh. dia kasi aku minyak angin. suruh aku sapu. Aku pun sapu la. tapi xde ape2 perubahan. Kesakitan semakin bertambah. aku sms mr adib ngn najla. mr adib suruh aku mintak panadol dengan nurse. tapi nurse tanak kasi. dia kata takde. Penipu sungguh! Aku benci nurse tuh.

Jam 5 ibu, ayah, mak, abah, mr adib datang lagi tgk aku yang sedang dalam kesakitan menggila. Aku x reti nk cakap kesakitannye. hehehe. saiko gile buat mereka2 yang x bersalin lagi.  Masa tu lah aku peluk leher ibu tahan sakit. Aku genggam tangan mr adib sampai merah. mak mentua picit2 betis aku. dan ade seorang kawan ibu pun turut sama picit betis aku. hehehehe. dasat tak? aku tengok ibu da bergenang2 air mata. Pak mentua aku da ddk tepi pintu x sanggup nak tgk menantu kesakitan. dia siap kasi air jampi ke aku. hihihi. thanks abah. air abah jampi x berkesan tapi nini appreciate it. dalam kesakitan sempat aku tgk muka ayah aku yang da x keruan. hihihi. Ayah mmg tak pernah tgk ibu bersalinkan kami semua. Pengalaman pertama dia tgk anak sendiri bersalin. keh keh keh. Ayah takut darah. Aku dengar Mr adib tanye ibu " Ibu sakit ni boleh letak minyak ke?" ibu jawap : "tak boleh adib, keluar baby je la baru x sakit". Aku da x ingt ape2. yang aku tau, aku sakit sangat. Makm mentua suruh mr adib beli air milo. mula2 aku tanak. tapi aku minum jugak la. then, baru aku tau sebab ape. Sebabnye nnt nk dekat setengah tahun ko x ley minum air yang berais. heheheh. nasib minum jugak. kesakitan contraction memuncak bile every 5 mins aku sakit. Ayah suruh nurse tgk2 kan aku. tapi nurse tu cakap dari meja pendaftaran "biasalah tuh". Bongok punye nurse! Last2 ade seorang nurse yang baik hati. dia suruh aku masuk bilik rawatan untuk cek bukaan. memandangkan aku da sakit sangat2 nih. hihihihi. Masa cek bukaan, doktor cakap bukaan aku cuma 4cm. What 4cm only???? Punya la sakit baru 4cm. Tapi aku cakap:" saya nk pi labour room da. saya da x larat."hahahahaha. Dalam 7.30 ke 7.45 aku ditolak ke labour room dengan membawa baju baby. time tuh aku da x ingt ape dah. tudung aku dah kemana hala dah.  Then, aku ke labour room lebih kurang kul 7.45 malam. Maghrib time.

Dalam labour room ade sorang doktor perempuan dan mereka2 yg berbaju biru dan putih. Da siap pakai baju kaler ijau, aku baring kt katil. then, aku panggil nurse " nurse saya nak minum air sikit". Aku dahaga gile sebab asyik mengucap syahadah. Tapi nurse x kasi. huhuuh.. sedih nye. aku dahaga. pastu aku cuba lagi. aku tanye nurse" boleh x saya basuh muka kt sinki tuh" . hahahaha. at least aku dpt minum air paip pun jadilah. Tapi x berjaya jugak. Dalam dahaga dan kesakitan yang tak tertahan aku menahan kesakitan. X lama lepas tuh, nurse panggil mr adib masuk dlm labour room. Rasa mcm dlm cerita tv. Mr adib asik cakap suruh sabar. Nurse asik cakap suh bernafas dgn cara yg betul. Aku rasa aku nk bernafas pun da x boleh. Lagi nk kawal pernafasan secara betul. Oh tidakk. Sangat sakit rasanye.

Menanggung kesakitan lebih kurang 4 jam dalam labour room. Tepat jam 10.56 malam, lahirla seorang bayi comel.  Masa dengar tangisan bayi, aku cakap " yes". Hahaha. sungguh tak islamik. Lepas tu baru cakap alhamdullilah. Suara bayi menangis menggantikan suara aku tadi. Aku x senyap ketika menahan kesakitan. hihihi. Kemudian perasaan ingin tahu gender bayi membuak-buak. lantas aku suruh mr adib tgk gender bayi. Tapi mr adib cakap tak nampak. masa mr adib terjengah-jengah tuh, nurse pon cakap "eh, nanti dulu, mana aci nk tengok2". ciss nurse ni, main2 plak. x lama lepas tu, nurse kas baby kt aku. dia tanye " azniniza anak awak lelaki ke perempuan ni". Aku jawap " lelaki". hihihi. satu cara nk pastikan aku berada pada tahap kesedaran normal. suke.

Masa pegang baby, janggal je rasa. sebab aku masa bujang pon x rajin pegang baby. x lama lepas tu nurse cakap nk bawak baby pi tingkat 6 untuk observation. sebab masa tahan sakit tu aku guna pethidine. hurm.. menyesal guna. tade kesan pon. tak pasal2 baby kene ddk under observation. Aku nak ddk sekali ngn anak aku malam tuh. tapi hospital ni bukan hospital mesra baby. lupakan hasrat itu. Sekarang aku akan dijahit pulak. lepas da cium baby puas2. aku kene jahit pulak. Lamanye jahit. Masa nurse tu jahit, aku borak2 ngn dia untuk mengurangkan rasa sakit. Tapi x sakit  la kene jahit. Aku bertambah ramah dengan nurse tu sebab dia kata dia macam kenal mr adib. yelah mr adib penah keje kt HTAA dlu. Lebih kurang jam 2 pagi baru aku keluar labour room. ditolak dengan kerusi roda.Buka saja pintu labour room. Yeay, nampak ibu, najla ngn akim. Terus rasa da sihat. hehehe. Suke sebab x sakit macam tadi da. da boleh senyum. Alhamdullilah.

Ditolak ke 1st class ward. hahaha. beria nk 1st class. Dapatla jugek. Najla mandikan aku. Hihihi. mula-mila malu. sebab najla kata dekat hospital dia, dia mandikan patient. siap mandi, makan sikit. minum sikit. sebab tadi lepas da siap jahit seme, nurse yang baik hati tadi buatkan milo sedap. sape ntah nama nurse tuh. pastu ibu, najla ngn akim balik la. x ley tggu lama2. mereka seme tak tengok pun baby lagi. hehehee. aku ngn mr adib je baru tengok. tapi aku takut aku lupe muka dia nnt. hahahaha. sengal kan. aku tido dengan nyenyaknye malam itu.


Esok pagi lepas mandi, mr adib datang bawak aku pi tingkat 6. Kami nk tgk baby kami. kami pun pegi tingkat 6. Nasib la ade tag utk aku ngn baby. Aku da blur2 mana satu anak aku. sebab ramainyeeeeeeee baby dalam nurseri ni. hahahah. aku pegang baby tapi x reti sangat. nampak sungguh janggal. Jika aku pun da nampak janggal, apatah lagi mr adib. keh keh keh.  Then, aku turun semula sebab ibu, ayah, mak nk datang. Mak datang bawak nasik lauk ikan haruan. Aku makan lauk mak masak dalam keterpaksaan sebab aku x makan ikan haruan. hihihi. mereka semua masih x boleh tengok baby. sebab cuma kau ngn mr adib je boleh masuk ward tingkat 6. hihihi. mereka tgk aku je la. tapi petang 6/4 /2011 tuh. Ayah aku merayu kt guard cakap dia dari kedah. nak tgk cucu. hihihi. last2mereka dapat jugak tgk baby melalui tingkap.  

family tgk firas dari melalui tingkap


bukti menunjukkan aku sungguh janggal memegang anak sendiri. hihihi

Dan, keesokkan harinye aku dan firas discharge ward. Kami balik ke lepar dulu tido semalam kt sana sebab opah nak tunjuk cucu sulunng dia kt kengkawan dia. hehehe. 

To firas ihtisam :- bersusah payah melahirkan kamu, moga kamu menjadi anak yang soleh suatu hari nanti. Aminn