Wednesday, January 18, 2012

Lai Lai Lai part 3

Masuk hari ketiga di Beijing sudah. Hari ke-3 di sini dimulakan seawal jam 6.30 pagi seperti semalam. Bersungguh-sungguh bangun dan mengejut firas ihtisam. Destinasi hari ini agak mencabar aku rasa. Selepas bfast. Kami menuju ke Summer Palace.

Sesampai di Summer Palace. Seperti biasa mmg sejuk dan windy. Berhingus-hingus hidung. heheh. Tapi si comot firas rilex saja.

kat pintu masuk mula-mula Summer Palace. dia mmg excited.


Summer Palace seperti yang diberitahu oleh Jessica adalah tempat Maharaja rehat-rehat time summer. Besar le sangat Summer Palace ni. Dalam Summer Palace ni ada Tasik Kunming. Yang menariknye tasik ini adalah tasik buatan. Tasik ini seluas 2.9km. Summer Palace ini didominasi oleh Longevity Hill setinggi 60 meter. Difahamkan bahawa tanah-tanah yang dikorek utk dijadikan Tasik Kunming tadi dijadikan pula bukit iaitu Longevity Hill ini. 

Di Summer Palace ini jugaklah terdapat "The Longest Corridor in the World". Hehehe. Macam pelik je kenapa nk bina koridor panjang-panjang. Mengikut cerita Jessica, Maharaja time tu bina koridor panjang-panjang ni sebab mak Maharaja ni malas bersenam. So, dia buat la koridor panjang-panjang. Hahahha. Aku percaya kali ini. Dalam Summer Palace ini terdapat bilik-bilik maharaja, boleh la tgk. katil maharaja seme. Bayangkan je tgk citer kungfu lama-lama. Lebih kurang macam tu la. 

dibelakang firas adalah Tasik Kunming. duduk atas batu sejuk
 

Setelah keletihan berSummer Palace, kami terus lunch. Firas seperti biasa akan happy. Time makan adalah Happy time for him. Seusai makan solat di Masjid kami teruskan perjalanan ke Forbidden City.
Forbidden City atau Kota Larangan adalah istana rasmi Maharaja China bermula sejak zaman Dinasti Ming dan berakhir di zaman Dinasti Qing. Didalam Forbidden City ini terdapat 999 bilik. Aku x sure. Ada 980 bangunan. Yang boleh dilawati oleh pelancong cuma 2% saja dari keseluruhan kota ini. Itupon aku da rasa nk pengsan. Memang besar sangat. lepas tu semua bangunan seakan sama sahaja. red in colour. Tapi ukiran-ukiran mmg cantik. The Forbidden City dikelilingi oleh tembok pertahanan batu setinggi 7.9 meter (26 kaki) dan dibatasi pula parit sedalam 6 meter (20 kaki) dan 52 meter (171 kaki) lebar diluar tembok.

Difahamkan dahulu kt tepi Forbidden city ni takde pokok. Sebab takut penjenayah lompat masuk dalam kota ini ikut pokok. hehehe. Dalam kota ni jugak Mahajara menyimpan isteri dan isteri dan isteri dan isteri maharaja. Jessica ada sebut satu nama maharaja dia yang ade nk dekat 200 wives. Setiap isteri jumpe husband dia aka maharaja bape tahun sekali. keh keh keh. 

Depan pintu Forbidden City masih mampu berlagu riang


Kenapa perlu ada banyak bilik? Sebab tiap2 malam Maharaja akan tidur di bilik yang berlainan. So, musuh x kan dapat agak kt mana la Maharaja landing malam ni. Hehehe. mengikut cerita rakyat jelata. Maharaja zaman tu cuma boleh jumpe Perdana menteri je. Rakyat biasa kene melutut dekat perkarangan tanah masa Maharaja kasi ucapan ke ape bende ke. Kesian la zaman dulu. Rakyat diperbodhkan.. Tapi time tu dikira sebagai setia. Satu yang menarik bagi aku Maharaja zaman tu x bfast dari kul 7-9 pagi. Dia bfast slps tu. Sebab dia kata nanti akan mengantuk utk buat kerja. Hehehe. dia bagun awal pagi jugak. Maklumlah nama pun Maharaja.

Bahagian dalam Forbidden City bermula dengan sederet 5 jambatan marmar melintasi sungai dikenali sebagai Golden Water. Jambatan di tengah-tengah adalah hanya untuk maharaja, di sebelahnya adalah untuk permaisuri dan diikuti dengan pembesar-pembesar istana. Jambatan paling tepi adalah untuk mereka yang berpangkat paling rendah. Hebat la kira dpt jadi Maharaja time tu.

Ini la tempat rakyat jelata melutut masa jumpe Maharaja.

Firas da start mengantuk. sudah tidak berlagu riang. hehe
 see..... all red in colour. confused mehhh

Setelah lebih kurang 2 jam di Foridden City. Kami bergerak pulang menuju ke Tiananmen Square. MasyaAllah. JAUHNYE... kene jalan kaki. dengan berat budak kecit 8kg. berat badan sendiri lagi. Huhu sungguh aku x larat. firas ihtisam da tido dengan lenanya dalan carrier. Serius letih. Nak mengamuk pon ade.

Dataran Tiananmen ini adalah lambang kebudayaan dan tapak pelbagai peristiwa penting dalam sejarah China. Dataran bersejarah ini mcam dataran merdeka kita kot. Dataran ini mempunyai keluasan 100 hektar dan dibina semasa Dinasti Ming dan menjadi dataran terbuka ketiga terbesar didunia. Ianya mampu memuatkan 500 ribu orang dalam satu-satu masa.

Di Dataran ini jugak terdapat Tugu Wira Rakyat setinggi 38 meter. Macam kita punya tugu negara jugak. Tapi x sama lah. Dataran ini diambil nama sempena Tiananmen yang bermaksud "pintu damai syurga". Kat sini jgak terdpat Menara Tiananmen yang menempatkan gambar Mao Zedong, presiden pertama PRC of China. kat sini jugak la aku da mmg tahap keletihan melampau.



Muzium Kebangsaan China. Besar jika nk compare ngn Muzium Negara Malaysia

stress + penat + bengang

Setelah kepenatan dan keletihan di Tiananman square. Dinner time. then bajet nk balik tido je. Tup-tup kene pegi tgk show lagi. huhuhuu. Tapi apakan daya. ikut saja. Takkan nk ddk dlm bus. huhuhu. Show kali ni tmpt dia ok la dari semlam. Tapi show nye yg bosan. berkira-berkira bila la nk balik tido. huhuhu. Dengan cuaca yg sejuk dan berangin. memang complete la keletihan. Yang paling aku ingt aku grup dari negara mana ntah budak sekolah dia ckp "yess....finish.. boring" lepas show malam tuh. hahaha. bosan sungguh. Hari ini hari yg sungguh letih. 10k langkah aku rasa hari ni. x pon lebih. hehe.. balik opis tido.... nk tgk tv pon channel bosan. mcm rtm kt cni. hehe



Tuesday, December 27, 2011

Lai Lai Lai part 2

Salam to all. Terus ke tajuk utama. Holiday ke Beijing kali ini adalah pada musim sejuk tp x sampai turun salji lagi la. Tapi suhu adalah siang dalam 10 darjah celcius dan malam -4 darjah celsius. Oh.. sungguh sejuk nk dibandingkan kt Malaysia. Tapi pengalaman sejuk ni susah nk carik kt Malaysia even masuk dalam fridge pun belum tentu sejuk. Hehehe.

Beijing adalah ibu Negara China. Beijing bukanlah kota yang paling besar di China. Yang paling besar adalah Shanghai yang terletak di Selatan Beijing. Mari kita tgk peta China.



China map ni sekali pandang macam gambar rooster. So, Beijing terletak di leher ayam jantan. Beijing dibina seawal tahun 900 Masihi. Ok hari pertama di China sesampai di Tianjin, naik bus ke Beijing. Makan kt muslim restaurant. Biasa ja. Lepas makan terus bertolak ke Hotel Spring. Ikut kata Jessica tour guide Hotel Spring ni 4 star. Tapi bila sampai ke bilik. Itu bukan 4 star. 3 star ke 2 star je. Hehehe. Tapi takpela. Selesa jugak tido 4 malam.

Next morning. 6.30 am da siap naik bus. Even aku mambawa si kecil Firas Ihtisam, kami mampu naik bus tepat pada masa. Hehehe. Firas x mandi bersunguh-sungguh pon. Lepas semua da ade dalam bus, bus bergerak ke tmpt bfast yg memakan masa selama 40 mins. Punya la jauh pi bfast. Sebab nk carik yg halal tp x pasti toyyiban nye. Keh keh keh.

 Seusai makan Firas memang gembira ja.

Pagi di Beijing. Sejuksssssss


After breakfast dalam bus si Jessica ni dok citer la pasal batu jed china. Mmg bagus-kene beli-harga semakin mahal-sebab batu jed da nak abes kt china-Bla-bla-bla. Masa ni aku dengar je. Rupanya nk pegi Jade Factory. Sampai di Jade Factory, aku dengar “Lai, Lai, Lai Malaysia Frens. Lai Lai Lai Malaysian Frens. My English name is Anna…..” owh ade minah nk terang pasal batu jed mereka yg hebat ni. hehe. Aku dengar je. Muka penuh minat. Tapi x lama sebab Firas bkn berminat pon. Habis penerangan sesi membeli dan sesi paksa beli. Keh keh keh. Aku x beli pon. Satu pon x beli. Heheh. Kental. Bukan murah weh. Riban-Riban punye harga. Huhuhu
  
Firas da stress tak tau nak buat apa kt jade factory ni.

 
Da sampai tahap bercucuran air mata.

Finally lepas main turun-naik tangga dia ok.


Selesai di Jade Factory, kami terus ke Great Wall of China. Great Wall of China panjangnya mengikut kajian ahli arkeologi adalah 8,851.8 km. Sebelum ni dikira dalam 6,400 km saja. Tapi kiraan terbaru mengambil kira cabang-cabangnya. Kalu ikut china map tu dari leher sampai ke ekor ayam jantan tu. Fakta menarik adalah ianya dibina menggunakan tenaga manusia. No machine at all. Then mengikut rakyat China, sehari pekerja kena bina 4km. Ok la kalu bina 4km sekarang. Tapi zaman dahulu punye citer. Bayangkan kalau kene lalu bukit, sungai seme. Hebat. Sungguh Hebat.

Masa kami sampai ke Great Wall of China ni. Firas Ihtisam menangis beria-ria. Tak nak duduk dalam carrier yg aku da pakai. Menangis tanpa henti selama 5 min. Huhuhu. Sabar sungguh. Tapi kami gagahkan kaki jugak mendaki tangga. Sampai kt satu bahagian tu ade sorang makcik cina tegur aku “ aiyoo.. atas sana banyak tinggi ma, curam. X boleh bawak anak ini dukung-dukung” Hahaha. Makcik cina dari Malaysia rupanye.Lastnye aku naik 2 kali bahagian tangga saja. Pertama keletihan. Kedua keletihan mendukung Firas Ihtisam yang x mau berjalan. Huhuhu. 

 Aku kagum dengan org yg panjat sampai ke atas tuh.

Time ni memang da tahap x larat sgt. Stop je kt tgh jalan.



Dalam 2 hours jugak di Great wall ni. Memang patut jadi 7 wonders pon. Tak tercapai dek akal aku nk buat tembok yg sepanjang begini. Even ade maharaja china siap cakap Great wall ni nmpk dari bulan. Hehehe. X percaya aku.
 
Lepas di Great wall yg sungguh great. Bertolak pulang dan makan di kedai makan yg sedap. Solat jamak kt situ. Ade surau. Jumpe ramai org Indonesia jugak. Then dalam bus si Jessica ni cakap pasal farmaseutikal Baoshutang. Aku ingt ape bende. Dalam hati “ape kena mengena syarikat ni ngn travel aku”. Rupa2nye pegi kt Baoshutang punya syarikat. Sesampai je terus kene lockup (bahasa indah = masuk) dalam bilik dan dgr penerangan dari org kt situ yg fasih berbahasa Indon. Bukan Malaysia. Ayat yang aku paling ingt “ darah kental”. Asik ulang2. Aku tnye kak aya. Apekebende darah kental. Hahaha. Dia pon x tau. Serius aku ingt smpi skang.

Then, as usual. Firas Ihtisam mmg x suke nk dgr penerangan bagai ni. Aku pon jalan2 keluar. Boring la. Xde pape. Lepas aku da boring, Mr adib pulak bawak firas kuar. Nak cakap punya la lama diaorg kasi ceramah. Tapi yg aku takjub tu time dia nk convince org beli ubat2 dia. Siap pegang bara api yg panas gile tu then sapu guna krim yg diaorg nk jual tu. Hehehe. After 5 mins tgn dia pon ok. "Hebat kan....." Tapi aku tetap x beli. Tapi de jugak la yg beli2 tu. Bukan harga macam minyak gamat kt malasyia ni. Harga main ratusan. Hehehe. Tapi kalu duit mmg da terlebih bawak. Anda tak harus rasa serba slaah beli. Bak kata org2 tua” alang-alang da sampai, bila lagi nk sampai.”. Tapi applicable bagi org yg byk duit la mcm prof tu ke doctor pakar tu. Bagi kami x penting ar. Kami ade minyak gamat. hahaha.

Lepas ke pusat farmasi terkenal di China, kami ke Silk Factory pulak. Spt biasa ayat “Lai,Lai, Lai Malaysia Frens, my English name is Jane”. Hahaha. Bajet best je ade nama English. Appara diaorg ni. Penerangan demi penerangan yg bosan bagi aku. End up aku x beli pon silk. Ingt nk cari kain ela silk nk buat baju kurung.  Tade. Yang byk bed sheet silk. 1400 yuan. Dalam rm700. Owh, bed sheet x silk kt umah ade dalam 10 helai. X abis guna lagi. Sungguh aku x reti berbelanja utk masa hadapan. Haha. Then dinner time. 

After dinner, kami ke Kungfu Show. Mahai weh tiket. 380 yuan. Dalam rm190. Sungguh aku x penah beli tiket nk tgk show sebegitu mahai. Tapi kungfu show ni pon terpaksa pegi. Paksa rela. Pastu ddk dalam dewan dia. Uishhhh… busuknye bau. Bau ape tu ek. Lidi2 buat semayang cina tu. Huh. Apa diaorg ni pon main jampi2 ek nk buat show? Busuk. Nasib show ok la. X boring. Kisah kungfu dari zaman batu smpi skang. Firas Ihtisam excited gile. X takut pon lampu gelap2. haha. Rilex je. Asik tepuk tgn bila org lain tepuk tgn. Kat dalam theatre ni penuh ngn org cina dari kg2 bagai. Dari ceruk mana ntah. Bising. X padan la ngn tiket harga rm190. bagi aku la. X macam gsc pon tmpt dia.Macam tgk kt wayang pacak zaman dulu-dulu. hehehe

Lepas kungfu show, kami semua keletihan. Balik hotel dan tido.....

Wednesday, December 21, 2011

Lai Lai Lai part 1


Salam buat semua. Lama menyepi tandanya anda pemalas @ tiada masa @ tiada idea. Ok sejujurnya pernah berjanji pada diri untuk mengupdate blog  sekurangnya 2 bulan sekali. Tapi memandangkan kekangan masa dewasa ini, aku harap at least sebulan pon sudah cukup utk 1 new post. hahaha.


Kenapa tajuk sungguh pelik. Actually hasrat ini da lama dipendam dalam lubuk hati dan pemikiran. Tapi masa sungguh mencemburui diri ini. Jadi post kali ini adalah untuk mengingat kembali holiday ke beijing on 19-23 november. Sebulan sudah berlalu.


Travel kali ini mencabar diri dengan membawa bersama-sama seorang budak kecit firas ihtisam. serius mmg sungguh mencabar dari pelbagai aspek. Travel mengikut travel agency. hurmmm ade yg ok ade yg x ok langsung. Kadang-kadang rasa nk lempang je sape2 yg patut. Tapi da tade cara lain melainkan mengikut saja arahan seumpama lembu dicucuk hidung. 


Menggunakan travel agency di China secara jujur aku rasa perlu kerana public transport mmg x best je aku tgk. then, dari satu tmpt ke satu tmpt sgt la jauh. sbg contoh. nk pi Great wall of china ade la dlm sejam sengah ke 2 jam. lagipun org cina driver dia sebelah kiri x macam malaysia. so, lmbt sikit la nk hadam. tp kalu mmg teror tada hal la. tapi ade 1 lg yg merunsingkan adalah pemandu-pemandu di china sgt mmentingkan diri sendiri. Seperti, kalau bus besar2 tu nk u-turn kt trafic lite yg kecik je, dia u-turn je. kalau nampak polis, diaorg rilex je. x macam aku nmpak polis ke jpj ke rasa sakit perut tetibe. hahaha. so, bergantung kepada individu itu sendiri. nk free and easy atau ikut travel agency.


Pengembaraan (tiba-tiba jadi pengembara pulak) bermula pada 18/11/2011. Kami bertiga aku, mr adib dan si comot firas ihtisam mengambil keputusan utk tidur di tune hotel yg dekat dgn LCCT tuh. Atas alasan membawa sikecil yg susah bgn pagi dan tiket yg pukul 8.30 pagi. So, kami pun book la hotel yg nmpk sunggh indah dari luar. Bila da check -in dan masuk dlm bilik. Rasa nk nangis tgk bilik sejemput macam jemput-jemput. Ruang nk solat pun tada. kecik gile.Mmg betul2 utk tido dan bgn esok pagi blah pi naik flite. Solat pun kt ruang depan katil yg adela sebesar sekangkang kera. serius kecik. 


Malam sebelum bertolak esok pagi. Firas x sempat nk tnjk excited dia. hahaha


Esok pagi berusaha keras mengejut Firas dan mandi ala kadar (Firas yg mandi ala kadar) dan bersiap dan terus berjalan kaki ke terminal utk check in. Siap check -in seme, beli breakfast dan jmpe k.aya bersama gerombolan seramai 6 org yg juga ke tmpt sama dan menggunkan travel agent yg sama. Mr adib dan k.aya sama tmpt keje. Ada lagi 2 family yg berada dlm group yg sama. nnt di beijing jumpa la kita.


Masa da ddk dlm flite. Aku ada baca dlm blog untuk bf firas masa nk berlepas. So aku praktikan le. Firas ok je la. Sebelum naik flite mr adib cakap 4 jam je ke tianjin(beijing). Air asia x turun beijing. dia turun di tianjin. Tianjin ke beijing dalam 2 jam. So, da rilek dlm flite sikit dgr la pilot ckp bla bla bla. Tetibe pilot ckp perjalanan ke tianjin dlm 6 jam. HAH! aku tgk balik kt tiket. Ya ampun. memang 6 jam. huhuhu. 6 jam kt dlm flite dgn firas ihitsam mcm 24 jam dlm flite. Huhuhu. dia asik nk bf dan buat macam kt rumah. tendang2 peha anak cina seblah aku. huhu. mungkin sebab terlalu lama. sampai satu tahap dia tarik rambut anak cina seat depan. aduhai. 


Aku asik tengok jam memikirkan bila la nk smpi ni. Bayangkan dalam masa 6 jam tu Cuma setengah jam ja Firas ihtisam tidur. Huhuu. Finally masa yang aku tunggu-tunggu pun tiba. Masa nk mendarat tu da prepare nk bf dia la macam masa nk berlepas tadi. Tapi….. firas ihtisam takmo. Dia menjerit-jerit macam kene cubit. Meleleh-leleh air mata. Sampai auntie seat depan tu cakap “kasi dia air la”. Aku ckp dia x nak apa2. Last2 aku kasi dia main game bowling kt hp samseng aku. Baru dia diam. Wahai firas, kamu buat mama glamour. Satu flite dgr suara kamu. Haishhhh….


Tada… da touchdown di Tianjin binhai international airport, da siap2 pakai bj sejuk. Hehehe. Firas pun da pakai bj sejuk. Sampai je berkumpul la seme. Dan kami berjumpa dengan lagi 3 family. Semuanya doctor dan ade sorang prof. Mula2 aku pelik apsal seme keje cmtu. Pastu baru terfikir yg mereka semua ni ade langgan newsweek mag and dapat diskaun la pegi Beijing ni. (Tapi aku rasa sama je mcm tadak diskaun). Pastu seme la org2 area muadzam, kuantan, temerloh.

Taktau kenapa pic jd cmni. Sebab kamera ka @ angina yg sgt kuat dan sejuk……


Sesampai ja di airport terus ke bus. Aku bajet dapat la naik bullet train dari Tianjin ke Beijing. Tapi, Anganan musnah sama sekali. Kene naik bus yg memakan masa dlm 2 jam. Sampai dalam pukul 3 sengah cmtu. Naik bus. Terus mendengar welcoming speech dari travel agent yg bernama Jessica. Kami lalu highway. Ok je. Masa lalu kt higway tu aku terbayang aku lalu balik guna highway Plus kt Malaysia ni. Tapi dia tengah nk masuk winter. So, pokok2 pon x berapa nk hijau. Kabus sana sini. Pokok2 da tinggal dahan je. 

To be continued…. heheh

Thursday, November 24, 2011

20112011

Salam. Kenapa start dengan nombor. Yeah... nak kasi tahu. Birthday aku tahun ni jatuh pada 20/11/2011. bila sambung jadik 20112011. Hehehehe. cantik kan. 

Buat pertama kali dalam hidup aku (setelah pandai mengingat tarikh lahir) aku boleh lupa hari lahir aku. Padahal every year mesti tggu org wish. hahahah. Tahun ni aku boleh lupa. 

Sebab utama adalah sebab aku travel time tu. Memang aku x kisah hari apa pon da time tu. Exsited travel 1st time ngn firas ngn mr adib jauh-jauh. hehehe.

Tapi nasib mr adib ingatkan. Mr adib siap kasi kad birthday lagik. Oh ku terharu.. Sungguh terharu. Sebab aku memang sumpah x ingt hari itu adalah hari lahirku. hahaha.

Yang bestnye tahun ni sambut birthday kt Great Wall of China. heheheh.

Aku tgh bf Firas & tetibe Mr adib kasi kad birtday. 
 
 Kad bithday, minute maid & Bottle Warmer.
 
Menyambut besday pada suhu 7 darjah celcius membuatkan dir rasa mcm x sambut besday. Sebab asyik nk cium tgn Firas kasi panas. hehehe. Btw, thanks to Mr adib. Wo ai ni....
 
To Firas Ihtisam:- kamu bertahan dengan suhu -4. kamu hebat.  
 
 

Tuesday, November 1, 2011

SAMA

Assalamualaikum... sekian lamanya bersendiri. mencari waktu utk diri sendiri. finally sesuatu itu telah kudapati. Alhamdullilah. Dengan izin Allah. Semuanya berjalan lancar.

Eh.. ape yg SAMA? Samar ke? SAMA is stand for my SalmaN...... My firm's name lah. Kenapa dgn SAMA? oh ekceli entry kali ini nk story pasal SAMA's Family day at Al-sakinah Eco Resort, Janda Baik, Pahang.

After 4 yrs wif SAMA, finally we have our first family days. Hehehe. Lama jugak tu. We are not having yearly family days. Sila rujuk bos saya kenapa. Sejujurnya semasa mula dapat tahu yang kami akan ke Janda Baik. Owh.. hati aku x keruan rasanya. Aku x suka masuk hutan. Last masuk hutan masa kt 3rd year kt Uia di Janda Baik jugak. Lagikan sekarang mahu membawa si kecit firas ihtisam. Aduhai... 

Perjalanan dari Muadzam ke Janda Baik lebih kurang 4 jam. Sampai dalam pukul 6 petang. Tetapi yg x bestnye adalah. Signboard langsung tiada dari simpang luar. Sungguh x best. Sepanjang perjalanan naik ke janda baik tu, cuma ada satu je signboard. Aku bajet da sesat da. Finally sampai juga dalam kehujanan. Meredah hutan sikit, kg sikit, kami sampai ke Al-sakinah Eco Resort.

Pemandangan Resort ini sungguh cantik. Hijau di sana. Hijau  di sini. Bunga di sana-sini. Tepi longkang pun ada bunga okeh. Cantik. Indah bumi ciptaan Allah.
Bilik bilik dengan laman yg indah. SubhanAllah


Santai-santai saja di sini. Makan, mandi air sungai, Wifi (ada wifi okeh!). Cuma hari kedua ada treasure hunt. Aku sekadar menyibuk dgn mendokong firas ihtisam kesana-kemari. Memeriahkan saja. Mr adib layan carton dlm bilik. Kali ini firas ihtisam masih demam. Cuma kurang sikit. Batuk masih ada. Jadi dia x berapa ada mood. Pagi hari ketiga bawak dia round2 sikit.
 berjalan-jalan riang
tapi firas ihtisam asik batuk
firas ihtisam pelik tgk ikan. ikan ni bos n the gang pancing. sian ikan ni.
 dia sangat takut dan kami terus takutkannye
 setelah penat.. firas rilex dpn sungai sambil dgr lagu chenta
hahah... firas ihtisam x suka air sejuk
 tapi kami paksa jugak.

 Wah meriah belog ini dgn gmbr firas. keh keh keh. Aku xda gmbar. sebab aku je yg amik gmbr. tade org nk amik gmbr aku. (<.>). 


Gambar dibawah adalah staff SAMA. Dari barisan dibawah yg aku kenal Amir (Jerantut), Mardiyana (LA Bentong), Aku dengan gaya tersendiri, Abg Wan (PJ), 2 org clerk (PJ) Bos, K.Shera (LA PJ), K.faezah (LA PJ), Ayu (LA PJ) 3 org clerk (PJ), Farhana (LA PJ), K.Aini (LA Jerantut). Aku rasa seme org x mandi pagi lagi time amik gmbar ni. hahahha
 


Lawyers and their assistant. Bos saya mmg pemalu nk amik gambar. hahaha.

Firm ni mmg seme loyer perempuan. Cuma bos je lelaki. Harap tahun depan ada family day lagi. dan harap bukan di hutan. hahahaha

To firas ihtisam: mama x siap lagi carik baju tebal utk kamu ni...

Tuesday, October 4, 2011

Pelangi Hidupku


Hari ini chenta hati saya demam. huhuhu. saya rindu dia. 


To firas:- mama sungguh risau....

Wednesday, September 21, 2011

They are STUPID!!!!!!!!!

Aku sangat bengang dengan jiran sebelah rumah. Mereka mengaku mereka adalah STUdent UNITEN. tapi mereka adalah STUPID guys. 

1) org-org bodoh ini membuang sampah didepan rumah mereka. tepi rumah aku. simpan sampah kering dan basah bersama dan buang di tong sampah besar bila kene tegur dgn org sebab dah berulat or berbau busuk.


2) org-org bodoh ini buat bising tiap malam. main mercun pukul 11 malam. 

3) org -org bodoh ini  PENGOTOR. mereka mmg pengotor. 

They dont deserve the title as students cause they actually just stupid guys.

p/s : hoping that i have a client like a police officer. or a bouncer. hahaha.

 rasa nk tumbuk muka sekor-sekor monyet seblah rumah