Wednesday, December 21, 2011

Lai Lai Lai part 1


Salam buat semua. Lama menyepi tandanya anda pemalas @ tiada masa @ tiada idea. Ok sejujurnya pernah berjanji pada diri untuk mengupdate blog  sekurangnya 2 bulan sekali. Tapi memandangkan kekangan masa dewasa ini, aku harap at least sebulan pon sudah cukup utk 1 new post. hahaha.


Kenapa tajuk sungguh pelik. Actually hasrat ini da lama dipendam dalam lubuk hati dan pemikiran. Tapi masa sungguh mencemburui diri ini. Jadi post kali ini adalah untuk mengingat kembali holiday ke beijing on 19-23 november. Sebulan sudah berlalu.


Travel kali ini mencabar diri dengan membawa bersama-sama seorang budak kecit firas ihtisam. serius mmg sungguh mencabar dari pelbagai aspek. Travel mengikut travel agency. hurmmm ade yg ok ade yg x ok langsung. Kadang-kadang rasa nk lempang je sape2 yg patut. Tapi da tade cara lain melainkan mengikut saja arahan seumpama lembu dicucuk hidung. 


Menggunakan travel agency di China secara jujur aku rasa perlu kerana public transport mmg x best je aku tgk. then, dari satu tmpt ke satu tmpt sgt la jauh. sbg contoh. nk pi Great wall of china ade la dlm sejam sengah ke 2 jam. lagipun org cina driver dia sebelah kiri x macam malaysia. so, lmbt sikit la nk hadam. tp kalu mmg teror tada hal la. tapi ade 1 lg yg merunsingkan adalah pemandu-pemandu di china sgt mmentingkan diri sendiri. Seperti, kalau bus besar2 tu nk u-turn kt trafic lite yg kecik je, dia u-turn je. kalau nampak polis, diaorg rilex je. x macam aku nmpak polis ke jpj ke rasa sakit perut tetibe. hahaha. so, bergantung kepada individu itu sendiri. nk free and easy atau ikut travel agency.


Pengembaraan (tiba-tiba jadi pengembara pulak) bermula pada 18/11/2011. Kami bertiga aku, mr adib dan si comot firas ihtisam mengambil keputusan utk tidur di tune hotel yg dekat dgn LCCT tuh. Atas alasan membawa sikecil yg susah bgn pagi dan tiket yg pukul 8.30 pagi. So, kami pun book la hotel yg nmpk sunggh indah dari luar. Bila da check -in dan masuk dlm bilik. Rasa nk nangis tgk bilik sejemput macam jemput-jemput. Ruang nk solat pun tada. kecik gile.Mmg betul2 utk tido dan bgn esok pagi blah pi naik flite. Solat pun kt ruang depan katil yg adela sebesar sekangkang kera. serius kecik. 


Malam sebelum bertolak esok pagi. Firas x sempat nk tnjk excited dia. hahaha


Esok pagi berusaha keras mengejut Firas dan mandi ala kadar (Firas yg mandi ala kadar) dan bersiap dan terus berjalan kaki ke terminal utk check in. Siap check -in seme, beli breakfast dan jmpe k.aya bersama gerombolan seramai 6 org yg juga ke tmpt sama dan menggunkan travel agent yg sama. Mr adib dan k.aya sama tmpt keje. Ada lagi 2 family yg berada dlm group yg sama. nnt di beijing jumpa la kita.


Masa da ddk dlm flite. Aku ada baca dlm blog untuk bf firas masa nk berlepas. So aku praktikan le. Firas ok je la. Sebelum naik flite mr adib cakap 4 jam je ke tianjin(beijing). Air asia x turun beijing. dia turun di tianjin. Tianjin ke beijing dalam 2 jam. So, da rilek dlm flite sikit dgr la pilot ckp bla bla bla. Tetibe pilot ckp perjalanan ke tianjin dlm 6 jam. HAH! aku tgk balik kt tiket. Ya ampun. memang 6 jam. huhuhu. 6 jam kt dlm flite dgn firas ihitsam mcm 24 jam dlm flite. Huhuhu. dia asik nk bf dan buat macam kt rumah. tendang2 peha anak cina seblah aku. huhu. mungkin sebab terlalu lama. sampai satu tahap dia tarik rambut anak cina seat depan. aduhai. 


Aku asik tengok jam memikirkan bila la nk smpi ni. Bayangkan dalam masa 6 jam tu Cuma setengah jam ja Firas ihtisam tidur. Huhuu. Finally masa yang aku tunggu-tunggu pun tiba. Masa nk mendarat tu da prepare nk bf dia la macam masa nk berlepas tadi. Tapi….. firas ihtisam takmo. Dia menjerit-jerit macam kene cubit. Meleleh-leleh air mata. Sampai auntie seat depan tu cakap “kasi dia air la”. Aku ckp dia x nak apa2. Last2 aku kasi dia main game bowling kt hp samseng aku. Baru dia diam. Wahai firas, kamu buat mama glamour. Satu flite dgr suara kamu. Haishhhh….


Tada… da touchdown di Tianjin binhai international airport, da siap2 pakai bj sejuk. Hehehe. Firas pun da pakai bj sejuk. Sampai je berkumpul la seme. Dan kami berjumpa dengan lagi 3 family. Semuanya doctor dan ade sorang prof. Mula2 aku pelik apsal seme keje cmtu. Pastu baru terfikir yg mereka semua ni ade langgan newsweek mag and dapat diskaun la pegi Beijing ni. (Tapi aku rasa sama je mcm tadak diskaun). Pastu seme la org2 area muadzam, kuantan, temerloh.

Taktau kenapa pic jd cmni. Sebab kamera ka @ angina yg sgt kuat dan sejuk……


Sesampai ja di airport terus ke bus. Aku bajet dapat la naik bullet train dari Tianjin ke Beijing. Tapi, Anganan musnah sama sekali. Kene naik bus yg memakan masa dlm 2 jam. Sampai dalam pukul 3 sengah cmtu. Naik bus. Terus mendengar welcoming speech dari travel agent yg bernama Jessica. Kami lalu highway. Ok je. Masa lalu kt higway tu aku terbayang aku lalu balik guna highway Plus kt Malaysia ni. Tapi dia tengah nk masuk winter. So, pokok2 pon x berapa nk hijau. Kabus sana sini. Pokok2 da tinggal dahan je. 

To be continued…. heheh

No comments:

Post a Comment