Tuesday, December 27, 2011

Lai Lai Lai part 2

Salam to all. Terus ke tajuk utama. Holiday ke Beijing kali ini adalah pada musim sejuk tp x sampai turun salji lagi la. Tapi suhu adalah siang dalam 10 darjah celcius dan malam -4 darjah celsius. Oh.. sungguh sejuk nk dibandingkan kt Malaysia. Tapi pengalaman sejuk ni susah nk carik kt Malaysia even masuk dalam fridge pun belum tentu sejuk. Hehehe.

Beijing adalah ibu Negara China. Beijing bukanlah kota yang paling besar di China. Yang paling besar adalah Shanghai yang terletak di Selatan Beijing. Mari kita tgk peta China.



China map ni sekali pandang macam gambar rooster. So, Beijing terletak di leher ayam jantan. Beijing dibina seawal tahun 900 Masihi. Ok hari pertama di China sesampai di Tianjin, naik bus ke Beijing. Makan kt muslim restaurant. Biasa ja. Lepas makan terus bertolak ke Hotel Spring. Ikut kata Jessica tour guide Hotel Spring ni 4 star. Tapi bila sampai ke bilik. Itu bukan 4 star. 3 star ke 2 star je. Hehehe. Tapi takpela. Selesa jugak tido 4 malam.

Next morning. 6.30 am da siap naik bus. Even aku mambawa si kecil Firas Ihtisam, kami mampu naik bus tepat pada masa. Hehehe. Firas x mandi bersunguh-sungguh pon. Lepas semua da ade dalam bus, bus bergerak ke tmpt bfast yg memakan masa selama 40 mins. Punya la jauh pi bfast. Sebab nk carik yg halal tp x pasti toyyiban nye. Keh keh keh.

 Seusai makan Firas memang gembira ja.

Pagi di Beijing. Sejuksssssss


After breakfast dalam bus si Jessica ni dok citer la pasal batu jed china. Mmg bagus-kene beli-harga semakin mahal-sebab batu jed da nak abes kt china-Bla-bla-bla. Masa ni aku dengar je. Rupanya nk pegi Jade Factory. Sampai di Jade Factory, aku dengar “Lai, Lai, Lai Malaysia Frens. Lai Lai Lai Malaysian Frens. My English name is Anna…..” owh ade minah nk terang pasal batu jed mereka yg hebat ni. hehe. Aku dengar je. Muka penuh minat. Tapi x lama sebab Firas bkn berminat pon. Habis penerangan sesi membeli dan sesi paksa beli. Keh keh keh. Aku x beli pon. Satu pon x beli. Heheh. Kental. Bukan murah weh. Riban-Riban punye harga. Huhuhu
  
Firas da stress tak tau nak buat apa kt jade factory ni.

 
Da sampai tahap bercucuran air mata.

Finally lepas main turun-naik tangga dia ok.


Selesai di Jade Factory, kami terus ke Great Wall of China. Great Wall of China panjangnya mengikut kajian ahli arkeologi adalah 8,851.8 km. Sebelum ni dikira dalam 6,400 km saja. Tapi kiraan terbaru mengambil kira cabang-cabangnya. Kalu ikut china map tu dari leher sampai ke ekor ayam jantan tu. Fakta menarik adalah ianya dibina menggunakan tenaga manusia. No machine at all. Then mengikut rakyat China, sehari pekerja kena bina 4km. Ok la kalu bina 4km sekarang. Tapi zaman dahulu punye citer. Bayangkan kalau kene lalu bukit, sungai seme. Hebat. Sungguh Hebat.

Masa kami sampai ke Great Wall of China ni. Firas Ihtisam menangis beria-ria. Tak nak duduk dalam carrier yg aku da pakai. Menangis tanpa henti selama 5 min. Huhuhu. Sabar sungguh. Tapi kami gagahkan kaki jugak mendaki tangga. Sampai kt satu bahagian tu ade sorang makcik cina tegur aku “ aiyoo.. atas sana banyak tinggi ma, curam. X boleh bawak anak ini dukung-dukung” Hahaha. Makcik cina dari Malaysia rupanye.Lastnye aku naik 2 kali bahagian tangga saja. Pertama keletihan. Kedua keletihan mendukung Firas Ihtisam yang x mau berjalan. Huhuhu. 

 Aku kagum dengan org yg panjat sampai ke atas tuh.

Time ni memang da tahap x larat sgt. Stop je kt tgh jalan.



Dalam 2 hours jugak di Great wall ni. Memang patut jadi 7 wonders pon. Tak tercapai dek akal aku nk buat tembok yg sepanjang begini. Even ade maharaja china siap cakap Great wall ni nmpk dari bulan. Hehehe. X percaya aku.
 
Lepas di Great wall yg sungguh great. Bertolak pulang dan makan di kedai makan yg sedap. Solat jamak kt situ. Ade surau. Jumpe ramai org Indonesia jugak. Then dalam bus si Jessica ni cakap pasal farmaseutikal Baoshutang. Aku ingt ape bende. Dalam hati “ape kena mengena syarikat ni ngn travel aku”. Rupa2nye pegi kt Baoshutang punya syarikat. Sesampai je terus kene lockup (bahasa indah = masuk) dalam bilik dan dgr penerangan dari org kt situ yg fasih berbahasa Indon. Bukan Malaysia. Ayat yang aku paling ingt “ darah kental”. Asik ulang2. Aku tnye kak aya. Apekebende darah kental. Hahaha. Dia pon x tau. Serius aku ingt smpi skang.

Then, as usual. Firas Ihtisam mmg x suke nk dgr penerangan bagai ni. Aku pon jalan2 keluar. Boring la. Xde pape. Lepas aku da boring, Mr adib pulak bawak firas kuar. Nak cakap punya la lama diaorg kasi ceramah. Tapi yg aku takjub tu time dia nk convince org beli ubat2 dia. Siap pegang bara api yg panas gile tu then sapu guna krim yg diaorg nk jual tu. Hehehe. After 5 mins tgn dia pon ok. "Hebat kan....." Tapi aku tetap x beli. Tapi de jugak la yg beli2 tu. Bukan harga macam minyak gamat kt malasyia ni. Harga main ratusan. Hehehe. Tapi kalu duit mmg da terlebih bawak. Anda tak harus rasa serba slaah beli. Bak kata org2 tua” alang-alang da sampai, bila lagi nk sampai.”. Tapi applicable bagi org yg byk duit la mcm prof tu ke doctor pakar tu. Bagi kami x penting ar. Kami ade minyak gamat. hahaha.

Lepas ke pusat farmasi terkenal di China, kami ke Silk Factory pulak. Spt biasa ayat “Lai,Lai, Lai Malaysia Frens, my English name is Jane”. Hahaha. Bajet best je ade nama English. Appara diaorg ni. Penerangan demi penerangan yg bosan bagi aku. End up aku x beli pon silk. Ingt nk cari kain ela silk nk buat baju kurung.  Tade. Yang byk bed sheet silk. 1400 yuan. Dalam rm700. Owh, bed sheet x silk kt umah ade dalam 10 helai. X abis guna lagi. Sungguh aku x reti berbelanja utk masa hadapan. Haha. Then dinner time. 

After dinner, kami ke Kungfu Show. Mahai weh tiket. 380 yuan. Dalam rm190. Sungguh aku x penah beli tiket nk tgk show sebegitu mahai. Tapi kungfu show ni pon terpaksa pegi. Paksa rela. Pastu ddk dalam dewan dia. Uishhhh… busuknye bau. Bau ape tu ek. Lidi2 buat semayang cina tu. Huh. Apa diaorg ni pon main jampi2 ek nk buat show? Busuk. Nasib show ok la. X boring. Kisah kungfu dari zaman batu smpi skang. Firas Ihtisam excited gile. X takut pon lampu gelap2. haha. Rilex je. Asik tepuk tgn bila org lain tepuk tgn. Kat dalam theatre ni penuh ngn org cina dari kg2 bagai. Dari ceruk mana ntah. Bising. X padan la ngn tiket harga rm190. bagi aku la. X macam gsc pon tmpt dia.Macam tgk kt wayang pacak zaman dulu-dulu. hehehe

Lepas kungfu show, kami semua keletihan. Balik hotel dan tido.....

No comments:

Post a Comment