Wednesday, January 18, 2012

Lai Lai Lai part 3

Masuk hari ketiga di Beijing sudah. Hari ke-3 di sini dimulakan seawal jam 6.30 pagi seperti semalam. Bersungguh-sungguh bangun dan mengejut firas ihtisam. Destinasi hari ini agak mencabar aku rasa. Selepas bfast. Kami menuju ke Summer Palace.

Sesampai di Summer Palace. Seperti biasa mmg sejuk dan windy. Berhingus-hingus hidung. heheh. Tapi si comot firas rilex saja.

kat pintu masuk mula-mula Summer Palace. dia mmg excited.


Summer Palace seperti yang diberitahu oleh Jessica adalah tempat Maharaja rehat-rehat time summer. Besar le sangat Summer Palace ni. Dalam Summer Palace ni ada Tasik Kunming. Yang menariknye tasik ini adalah tasik buatan. Tasik ini seluas 2.9km. Summer Palace ini didominasi oleh Longevity Hill setinggi 60 meter. Difahamkan bahawa tanah-tanah yang dikorek utk dijadikan Tasik Kunming tadi dijadikan pula bukit iaitu Longevity Hill ini. 

Di Summer Palace ini jugaklah terdapat "The Longest Corridor in the World". Hehehe. Macam pelik je kenapa nk bina koridor panjang-panjang. Mengikut cerita Jessica, Maharaja time tu bina koridor panjang-panjang ni sebab mak Maharaja ni malas bersenam. So, dia buat la koridor panjang-panjang. Hahahha. Aku percaya kali ini. Dalam Summer Palace ini terdapat bilik-bilik maharaja, boleh la tgk. katil maharaja seme. Bayangkan je tgk citer kungfu lama-lama. Lebih kurang macam tu la. 

dibelakang firas adalah Tasik Kunming. duduk atas batu sejuk
 

Setelah keletihan berSummer Palace, kami terus lunch. Firas seperti biasa akan happy. Time makan adalah Happy time for him. Seusai makan solat di Masjid kami teruskan perjalanan ke Forbidden City.
Forbidden City atau Kota Larangan adalah istana rasmi Maharaja China bermula sejak zaman Dinasti Ming dan berakhir di zaman Dinasti Qing. Didalam Forbidden City ini terdapat 999 bilik. Aku x sure. Ada 980 bangunan. Yang boleh dilawati oleh pelancong cuma 2% saja dari keseluruhan kota ini. Itupon aku da rasa nk pengsan. Memang besar sangat. lepas tu semua bangunan seakan sama sahaja. red in colour. Tapi ukiran-ukiran mmg cantik. The Forbidden City dikelilingi oleh tembok pertahanan batu setinggi 7.9 meter (26 kaki) dan dibatasi pula parit sedalam 6 meter (20 kaki) dan 52 meter (171 kaki) lebar diluar tembok.

Difahamkan dahulu kt tepi Forbidden city ni takde pokok. Sebab takut penjenayah lompat masuk dalam kota ini ikut pokok. hehehe. Dalam kota ni jugak Mahajara menyimpan isteri dan isteri dan isteri dan isteri maharaja. Jessica ada sebut satu nama maharaja dia yang ade nk dekat 200 wives. Setiap isteri jumpe husband dia aka maharaja bape tahun sekali. keh keh keh. 

Depan pintu Forbidden City masih mampu berlagu riang


Kenapa perlu ada banyak bilik? Sebab tiap2 malam Maharaja akan tidur di bilik yang berlainan. So, musuh x kan dapat agak kt mana la Maharaja landing malam ni. Hehehe. mengikut cerita rakyat jelata. Maharaja zaman tu cuma boleh jumpe Perdana menteri je. Rakyat biasa kene melutut dekat perkarangan tanah masa Maharaja kasi ucapan ke ape bende ke. Kesian la zaman dulu. Rakyat diperbodhkan.. Tapi time tu dikira sebagai setia. Satu yang menarik bagi aku Maharaja zaman tu x bfast dari kul 7-9 pagi. Dia bfast slps tu. Sebab dia kata nanti akan mengantuk utk buat kerja. Hehehe. dia bagun awal pagi jugak. Maklumlah nama pun Maharaja.

Bahagian dalam Forbidden City bermula dengan sederet 5 jambatan marmar melintasi sungai dikenali sebagai Golden Water. Jambatan di tengah-tengah adalah hanya untuk maharaja, di sebelahnya adalah untuk permaisuri dan diikuti dengan pembesar-pembesar istana. Jambatan paling tepi adalah untuk mereka yang berpangkat paling rendah. Hebat la kira dpt jadi Maharaja time tu.

Ini la tempat rakyat jelata melutut masa jumpe Maharaja.

Firas da start mengantuk. sudah tidak berlagu riang. hehe
 see..... all red in colour. confused mehhh

Setelah lebih kurang 2 jam di Foridden City. Kami bergerak pulang menuju ke Tiananmen Square. MasyaAllah. JAUHNYE... kene jalan kaki. dengan berat budak kecit 8kg. berat badan sendiri lagi. Huhu sungguh aku x larat. firas ihtisam da tido dengan lenanya dalan carrier. Serius letih. Nak mengamuk pon ade.

Dataran Tiananmen ini adalah lambang kebudayaan dan tapak pelbagai peristiwa penting dalam sejarah China. Dataran bersejarah ini mcam dataran merdeka kita kot. Dataran ini mempunyai keluasan 100 hektar dan dibina semasa Dinasti Ming dan menjadi dataran terbuka ketiga terbesar didunia. Ianya mampu memuatkan 500 ribu orang dalam satu-satu masa.

Di Dataran ini jugak terdapat Tugu Wira Rakyat setinggi 38 meter. Macam kita punya tugu negara jugak. Tapi x sama lah. Dataran ini diambil nama sempena Tiananmen yang bermaksud "pintu damai syurga". Kat sini jgak terdpat Menara Tiananmen yang menempatkan gambar Mao Zedong, presiden pertama PRC of China. kat sini jugak la aku da mmg tahap keletihan melampau.



Muzium Kebangsaan China. Besar jika nk compare ngn Muzium Negara Malaysia

stress + penat + bengang

Setelah kepenatan dan keletihan di Tiananman square. Dinner time. then bajet nk balik tido je. Tup-tup kene pegi tgk show lagi. huhuhuu. Tapi apakan daya. ikut saja. Takkan nk ddk dlm bus. huhuhu. Show kali ni tmpt dia ok la dari semlam. Tapi show nye yg bosan. berkira-berkira bila la nk balik tido. huhuhu. Dengan cuaca yg sejuk dan berangin. memang complete la keletihan. Yang paling aku ingt aku grup dari negara mana ntah budak sekolah dia ckp "yess....finish.. boring" lepas show malam tuh. hahaha. bosan sungguh. Hari ini hari yg sungguh letih. 10k langkah aku rasa hari ni. x pon lebih. hehe.. balik opis tido.... nk tgk tv pon channel bosan. mcm rtm kt cni. hehe



No comments:

Post a Comment