Thursday, June 16, 2011

kakak cantek

Semakin hari firas ihtisam semakin..... semakin ape ek. bijak / nakal. buat macam-macam benda. Banyak perkara yang aku semakin aku kenalpasti dengan perangai firas ihtisam ni.

situasi 1:
setiap pagi hantar ke taska, dia akan menangis jika yang mengambilnya adalah kakak yg kureng cantik. bukan x cantik. di taska ade seorang kakak yang comel + kiut +. Jika kakak yang cantik tersebut mengambilnya dari dukungan aku di taska, dia akan mendepangkan tangan dan penuh rela diambil untuk ditinggalkan di taska. kadangkala sampai boleh bye-bye kt aku. huhuhu..

situasi 2:

kalau balik ke kg opah, ade jiran sebelah rumah yang ada anak lebih kuang umur firas. Kalau jumpe budak tu, dia buat dekk jer... x usik pon. x kacau pon. tapi budak tu je yang asik kacau-kacau dia. Ambil toys dia. Tapi dia menggambarkan seolah-olah budak tu x wujud. TAPI..... semalam masa jumpe anak membe kt kuantan, boleh pulak dia cuit-cuit budak tu. Nama dia tisya. hurmm.. mama pelik. adakah sebab tisya lebih comel daripada budak kt kg opah tersebut?

situasi 3:

Ditaska rupa2nya firas asik duduk sebelah kakak cantek sahaja. AKu pernah wat spotcheck dalam pukul 3 petang. Aku tgk budak-budak lain melompat-lompat depan tv. carik punya carik rupa2nya firas ihitisam duduk seblah kakak cantek main botol susu. hahahaha. 

situasi 4: 

jumpe pengasuh taska firas di bus stand. asik memuji firas. ayat pengasuh firas " dia suke makan sayur. kasi je la seme sayur, seme dia makan. firas makan x gelojoh. makan satu persatu. firas JIWA KENTAL. sebab dia kalau budak besar kacau2 dia. dia wat dekk jer. x nangis. tapi... dia kene jaga oleh kakak cantek sahaja". alahai anak mama.... kt rumah kamu sangat manja.


banyak lagi perkara-perkara yang dibuat oleh firas membuatkan aku berfikir sendirian. kadang-kadang nak marah, kadang-kadang ketawa, kadang-kadang geram. aduhai firas meniti hari-hari mendatang bersama kamu membuatkan mama sungguh x sabar. 
saat-saat kegemilangan firas. saja letak gambar lama budak comot ini.



 
to firas ihtisam:- kamu buah hati mama, baba, atok, nenek, opah, aki dan semuanya. walau pelbagai ragam kamu lakukan. semuanya adalah Penawar buat kami.