Tuesday, April 26, 2011

Tanpa Lilin

9/4/2011 yang lalu aku buat makan-makan untuk besday firas kt umah opah. dengan alasan yang sungguh munasabah iaitu kt sana ramai budak-budak kecit. bukan kawan firas pon. tapi berbanding umah aku yg kawasan perumahan baru, dan umah nenek yg kawasan x ramai org. jadi sungguh wajar sambut besday firas kt kg opah saja.


memang seakan hampir dilupakan saja majlis tersbut. maklumlah da nk masuk ke bulan 5 pon. hheehe. nasib baik mama aula  yang ingatkan. hehe. dia ingatkan pon ade sebab. sebab dia nk tgk gambar aula. hahaha. thanks ye imah ko datang jugak. imah classmate aku masa kt ihsan dan seuniversiti masa kt uia. cuma lain kos saja. lama x jumpa dia. last masa tgk dia dlm pantang aula nuha.

pagi sebelum besday firas aku ke kuantan, beli brg lagi. beli bj baru. hahaha. punye la terkocoh-kocoh pi parkson beli baju baru. sebab kek warna merah. so bj firas kene merah la. kononnnnnnn...pukul 12 setengah pi amik kek kt tukang kek. hehehe. sedap kek kak g-an. seme org excited ngn cupcake dia. tapi opah ngn nenek x sampai hati nk makan kapkek muka cucu sendiri. hahahahhaa.

majlis makan-makan percuma stat kul 3. opah masak bihun sup, nenek masak laksa johor. sebab kami org johor. firas ja org pahang. hahahah. firas bukan excited dengan kek elmo yang merah tu. tapi dia excited dengan pisau potong kek. aishhh.... gaduh-gaduh ngn mama nk pisau potong kek. 
firas excited dengan pisau potong kek di akhir video.

kapkek muka firas yg x sanggup dimakan oleh nenek ngn opah. mama telan saja. heheh
si kiut aula nuha.  mama aula harap ko puas hati. hahaha

sebelum tetamu pulang dr majlis makan-makan, firas ihtisam da panas sangat. dan tanpa segan silu firas bukak baju tinggal cd ja. hahaha. dan malamnye firas tido awal sebab keletihan...... (actually, aku x sempat nk snap byk gmbar sbb aku bz. cewah) hehehe

love u soo much sayang.

To firas ihtisam:- sambutan besday ini nilainye kecil dari kasih syg mama buat kamu. dan mama x janjikan sambutan ulang tahun kamu setiap tahun. apa yang penting mama mahu kamu tahu yang mama hanya ada kamu!




Wednesday, April 13, 2011

umang-umang

"Kebanyakan spesies umang-umang berabdomen panjang dan lembut yang dilindungi dari ancaman pemangsa dengan memakai sekeping cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain, yang boleh memuatkan badan haiwan ini. Selalunya umang-umang memakai cangkerang siput laut atau mana-mana moluska gastropod marin. Hujung abdomen umang-umang disesuaikan agar kuat menggenggam turus kulit cangkerang. Sebaik sahaja bertumbuh besar, umang-umang perlu mencari cangkerang yang lebih besar, sekaligus meninggalkan yang lama."
 

Kami satu family (mr adib + nini = firas ihtisam) dalam proses untuk tidak menjadi umang-umang. hahahahaha. kenapa aku kata kami umang-umang? sebab kami tengah sibuk mengecat, membasuh, mengemas rumah pertama kami. Syukur Alhamdullilah. Dengan izin Allah aku sudah beli sebijik sahaja rumah. hihihihihi.  Rumah kami x jauh dari rumah mak aku. Dalam 5 min saja ikut jalan short cut. bukan tanak beli jauh-jauh, tapi da bandar aku duduk ni mmg comel saja. so kawasan perumahan kami xde la jauh sangat. Lagipun sewa kt area sini sangat mahal dan sangat susah dicari. So, daripada bayar tiap2 bulan rm500 utk sewa rumah, baik beli saja rumah baru utk diri sendiri. 

Perasaan memiliki rumah sendiri sukar digambarkan. aceh... beria-beria excited. Keterujaanya seperti mendapat anak sulung. hahaha. Oh tidaklah tipu saja. Tidak boleh dibandingkan mendapt anak sulung ngn memiliki rumah pertama. even kedua-duanya sama PERTAMA. Firas oh firas mama bukan samakan kamu dengan rumah ye. i love soooooo much. 

mr adib mengecat malam. aku sbg pembakar semangat. tapi bukan bermakna aku x mengecat rumah. ini bermakna aku mengecat rumah di waktu siang hari. hehehehe. tapi ibu aku yang tolongg..... mengecat sgt memenatkan apabila anda terpaksa mendongak ke atas untuk mengecat dibahagian yang berdekatan dengan siling. Nak mengecat kena pakai bj buruks. sarung tangan dan topi. supaya cat x kena rambut dan tangan. Tapi satu bende yang aku x boleh elakkan ketika mengecat, spek mata aku pun kene cat. yelah da  asik dongak-dongak mengecat bhgn atas. 
 
Tema warna umah kami biasa-biasa saja. hihihihi. seme warna aku pilih sendiri kt kedai cat. ikut suka aku. ade yg cantekkk especially bilik aku. seme ahli keluarga aku suke. tapi bilik firas seme orang kata macam x kena. cuma aku je kata cantik. hehehehe. takpelah firas nanti mama deko cantik2. biar seme org tarik balik kata-kata mereka. :)
urusan wiring sudah disetelkan. mendapat client yg jugak ade kedai wiring memudahkan kerja aku. hahaha.  Kabinet dapur pun sudah siap dipasang oleh ah poh dari segamat. aku berpuas hati dengan kerjanya. cuma mendapat dapur yg sgt mahal membuatkan aku rasa bersalah jika tidak memasak dengan sedap. hahahaha.. Insya Allah aku akan berusaha memasak dengan sedap. Tapi aku baru peringkat pertama. lebey kurang macam beginner la kira. hahahaha.
Mungkin lagi seminggu kami akan masuk rumah baru. Kami seme excited. hehehehe...

acara lambung-lambung firas ihtisam

To firas ihtisam :- Rumah mama rumah kamu. Nanti-nanti kita duduk rumah abah pulak.

Tuesday, April 5, 2011

SETAHUN YG LALU { heppy besday busuk mama}

Hari ini genap kamu setahun. Mama rasa baru jer semalam keluar wad dari HTAA. keh keh keh. Mama rasa baru je tgk nenek mandikan kamu dalam besen hijau yg kecik. Mama rasa baru je usai bf kamu lepas kamu nangis tanpa henti kt umah opah selama beberapa jam. Semua mama rasa baru. Tapi, sebenarnya sudah setahun berlalu. Dari kepala kamu sebesar tapak tangan mama ja, sampai sekarang kamu da berdiri paras peha mama. Dari kamu mandi dalam baby bath tub, sampai sekarang kamu da jalan sendiri ke bilik air dan mandi sampai baju mama basah juga. 
masa ni mama dan kamu dalam wad sebab kamu jaundis. comel tangan kamu.


Masa kamu baru nk langkah masuk ke 2 bulan, MamaNgah kamu ade kenduri kawen kt rumah. Mula2 kamu ok saja. Tapi kemudian kamu nangis dan nangis dan nangis lagi. Sampai orang carik nenek nk salam kaut pun susah. Hahahaha. sebab nenek asik jengok kamu dan mama dalam bilik. Panas + Rimas agaknye. Kamu sangat sinonim dengan tangisan. Bila Ayahlong kamu balik dari sabah pun kamu nangis jugak. Mama runsing. Kenapa kamu asik nangis. Anak jiran sebelah rumah opah kt kampung tak nangis macam kamu pun. Adakah kerana mama selalu nangis masa pregnatkan kamu. Kamu pun nangis jugak dalam perut. hehehe. adakah begitu? 

Masa kamu lepas pantang, mama cuti lagi sebulan untuk kamu. Sebab mama x sanggup nk tinggal kamu dengan nenek sahaja. Masa tu mama x jumpa K.ida pengasuh kamu lagi. Finally, masa umur kamu 3 bulan, mama da jumpa pengasuh kamu. Tapi mama risau jugak nk hantar kamu kt sana. Tapi, dek kerana tuntutan kerja mama tinggalkan kamu dengan pengasuh. Mujur pengasuh kamu menjaga kamu dengan baik sekali. Even masa hari pertama kamu dihantar 2 jam sahaja kamu tahan kt sana. Kamu nangis tanpa henti dan mama dengan cuaknye bawak balik seme barang2 kamu. hihihihi. Tapi esoknye mama hantar semula. Masa mama hantar kamu di rumah pengasuh, tiap-tiap hari masa lunch mama pi bf kamu kt rumah pengasuh. Mama rasa pengasuh pun naik bosan. Sebenarnya mama x boleh pisah ngn kamu. Tu jer. hihihi


Masa kamu 4 bulan mama da pakaikan kamu dengan Cloth diaper (CD). Sebab mama tengok kamu x tahan guna lampin pakai buang yg murah-murah ni. Bukan mama x beli yg mahal tapi yg itu yang ada kt rumah. Bila da statt pakai CD kamu da tade ruam lampin lagi. Kita x perlu pakai buang, kita perlu pakai + cuci dan pakai semula. Mama ada vidoe masa kamu 4 bulan kamu da mula keluarkan bunyi-bunyian. kamu asik berbunyi saja. 
kamu asik bunyi-bunyi. mama suke
 
Masa kamu 5 bulan kamu asik nk gigit ibu jari kaki. kalau ikut opah ngn nenek, mereka kata kamu nk dpt adik lg. Owh tidakkkkk.... mama masih ingt lagi kesasiktan melahirkan kamu. Sebenarnya ketika ini kamu sudah boleh menggunakan motor2 yg ada. Masa kamu 5 bulan la kamu da semakin tegap. opah belikan walker pink untuk cucu dia yg seorang ni. Mama belikan kamu exercauser, sebab mama takmau kamu jalan sana-sini. Masa kamu 5 bulan juga kamu sambut raya aidilfitri yg pertama. mama ngn nenek ngn mamacik carik sampai jumpa baju melayu purple yg sepadan dengan kamu.
 kamu pakai baju melayu purple dan bib sbb air liur kamu sgt byk. hehe

dan 6 bulan, kamu semakin bijak. Kamu da tak nangis macam dulu. Masa Kamu 6 bulan kamu da pandai meniarap. Even ada orang yg asik nak banggakan anak dia cepat meniarap daripada kamu. Mama kisah apa. Setiap bayi x sama. Sungguh kasihan orang yang macam tuh. Video masa awal2 kamu start meniarap mama simpan sampai sekarang. Comel. 

Masa kamu 7 bulan kamu baru tumbuh gigi pertama, Mama excited sungguh. hehehe. Masa kamu 7 bulan jugak kamu hantar nenek pegi haji. Aduhai, sebulan mama dgn mamangah jaga kamu. Mula-mula mama risau jugak. Tapi kamu anak bijak. Kamu x meragam sangat sampai sebulan atok ngn nenek balik dari haji. Atok cakap dia nak tengok kamu da merangkak bila dia balik dari mekah. Tapi kamu x pun. Mama x kisah. Atok pun x kisah. Janji kamu sihat. Kamu cuma tumbuh gigi sahaja. Itu pun da cukup buat mama sayang. masa ni jugak kamu sambut raya aidiladha kt kg opah ngn aki. kamu menunjukkan minat kamu dgr lagu2 dendangan maher zain. kamu mampu tidur bila dgr lagu for the rest of my life. hehehe. kamu macam-macam!

Masa kamu 8 bulan kamu masuk wad di hosp muadzam shah. kamu kena pneumonia. jangkitan kuman dalam paru-paru. mama risau sungguh. tapi maafkan mama ye. masa kamu mula-mula sakit mama nk bwk kamu pi klinik dr osman. tapi ada sebabnye. hingga hari ke-4 kamu batuk dan selsema, baru mama bawa kamu pi hospital. kesian kamu. kene masuk wad. mama cuti seminggu jaga kamu. salah mama juga. ddk dikalangan org sakit sungguh x best. tapi sebab mama nk kamu cpt sihat, kita kene masuk wad juga. tangan kamu kene cucuk utk masukkan air dan ubat. 4 hr di wad kamu didiscaj. horeyyy. kamu kembali sihat. Alhamdulilah. mama ade video kamu pakai nebulizer ituh. anak mama budak baik.
mama say sorry ye syg!
9 bulan kamu sudah boleh meniarap dgn baik dan bergerak kehadapan dgn laju. mama tak tau nk sebut apa. bukan merangkak lagi. tapi da cukup buat kami semua gembira. kamu memang penawar hati semua orang. kamu semakin hensem. walaupun org tgk kamu masih ada lagi yg kata kamu iras baby girl. hihihihi. sebab mata kamu mama rasa.

10 bulan kamu sudah boleh merangkak. mama ingt kamu skip stage merangkak. sebab sedikit lambt. tapi kamu mernagkak jugak. comel. hehehe. bile kamu merangkak kamu masuk dan pergi semua tempat kt rumah. Sampai satu tahap pengasuh kehilangan kamu dirumah. Puas pengasuh cari kamu. Rupa-rupanya kamu masuk bawah kerusi dan yg keluar dan nampak dipandangan mata kasar hanya hujung jari kaki kamu. Mujur kamu nangis. hehehe. Kamu sungguh aktif katanya.

yeay! 11 bulan kamu sudah mula bertatih. Kelakar. kamu jatuh jalan - jatuh - bagun- jalan semula. Kamu depangkan tangan untuk dapatkan imbangan sebelum jalan. comel. kadang-kadang kamu seolah-olah brek supaya x jatuh. kikikiki. kamu bertatih sambil mulut bercakap-cakap. kamu mula panggil "ABUYA" instead of ABAH. hahaha. kamu asik ckp perkataan-perktaan spt "apekah" "abuya". hahahah. kamu sungguh comel. kamu sudah pandai merajuk kalu org marah. yang mama paling tak lupa masa mama bf kamu mama cakap " firas lah racun mama, firas lah penawar mama, kamu tahu" lantas kamu sambut dengan mengeluarkan bunyi "AUUUU" hahahaha. macam paham-paham jer. kikikik.

dan masa kamu 12 bulan, kamu sudah pandai jalan dengan betul. kamu pergi dapur jatuhkan periuk nenek. kamu pergi rumah mamacik kamu pecahkan cawan rm2 dia. hihihi. kamu patahkan lipstick dia. kamu main permainan kamu yg mama beli dengan asyik sekali. kamu letih jalan kamu merangkak. kamu da pandai nk keluar pintu rumah. dan yang paling x tahan kamu asik nak naik motor ngn atuk or nenek setiap petang. ini adalah kerja nenek yang nk umpan cucu dia bile cucu dia da duduk umah lain bulan 5 nnt. hihihi. nenek owh nenek. firas x pi mana-mana pun. 
Firas kamu buat hati mama cair!

To firas ihtisam: setahun ini menjaga kamu memberikan mama pengalaman yang cukup indah. Terima kasih Ya Allah untuk pengalaman ini. SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!