Wednesday, April 13, 2011

umang-umang

"Kebanyakan spesies umang-umang berabdomen panjang dan lembut yang dilindungi dari ancaman pemangsa dengan memakai sekeping cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain, yang boleh memuatkan badan haiwan ini. Selalunya umang-umang memakai cangkerang siput laut atau mana-mana moluska gastropod marin. Hujung abdomen umang-umang disesuaikan agar kuat menggenggam turus kulit cangkerang. Sebaik sahaja bertumbuh besar, umang-umang perlu mencari cangkerang yang lebih besar, sekaligus meninggalkan yang lama."
 

Kami satu family (mr adib + nini = firas ihtisam) dalam proses untuk tidak menjadi umang-umang. hahahahaha. kenapa aku kata kami umang-umang? sebab kami tengah sibuk mengecat, membasuh, mengemas rumah pertama kami. Syukur Alhamdullilah. Dengan izin Allah aku sudah beli sebijik sahaja rumah. hihihihihi.  Rumah kami x jauh dari rumah mak aku. Dalam 5 min saja ikut jalan short cut. bukan tanak beli jauh-jauh, tapi da bandar aku duduk ni mmg comel saja. so kawasan perumahan kami xde la jauh sangat. Lagipun sewa kt area sini sangat mahal dan sangat susah dicari. So, daripada bayar tiap2 bulan rm500 utk sewa rumah, baik beli saja rumah baru utk diri sendiri. 

Perasaan memiliki rumah sendiri sukar digambarkan. aceh... beria-beria excited. Keterujaanya seperti mendapat anak sulung. hahaha. Oh tidaklah tipu saja. Tidak boleh dibandingkan mendapt anak sulung ngn memiliki rumah pertama. even kedua-duanya sama PERTAMA. Firas oh firas mama bukan samakan kamu dengan rumah ye. i love soooooo much. 

mr adib mengecat malam. aku sbg pembakar semangat. tapi bukan bermakna aku x mengecat rumah. ini bermakna aku mengecat rumah di waktu siang hari. hehehehe. tapi ibu aku yang tolongg..... mengecat sgt memenatkan apabila anda terpaksa mendongak ke atas untuk mengecat dibahagian yang berdekatan dengan siling. Nak mengecat kena pakai bj buruks. sarung tangan dan topi. supaya cat x kena rambut dan tangan. Tapi satu bende yang aku x boleh elakkan ketika mengecat, spek mata aku pun kene cat. yelah da  asik dongak-dongak mengecat bhgn atas. 
 
Tema warna umah kami biasa-biasa saja. hihihihi. seme warna aku pilih sendiri kt kedai cat. ikut suka aku. ade yg cantekkk especially bilik aku. seme ahli keluarga aku suke. tapi bilik firas seme orang kata macam x kena. cuma aku je kata cantik. hehehehe. takpelah firas nanti mama deko cantik2. biar seme org tarik balik kata-kata mereka. :)
urusan wiring sudah disetelkan. mendapat client yg jugak ade kedai wiring memudahkan kerja aku. hahaha.  Kabinet dapur pun sudah siap dipasang oleh ah poh dari segamat. aku berpuas hati dengan kerjanya. cuma mendapat dapur yg sgt mahal membuatkan aku rasa bersalah jika tidak memasak dengan sedap. hahahaha.. Insya Allah aku akan berusaha memasak dengan sedap. Tapi aku baru peringkat pertama. lebey kurang macam beginner la kira. hahahaha.
Mungkin lagi seminggu kami akan masuk rumah baru. Kami seme excited. hehehehe...

acara lambung-lambung firas ihtisam

To firas ihtisam :- Rumah mama rumah kamu. Nanti-nanti kita duduk rumah abah pulak.

No comments:

Post a Comment