Tuesday, August 23, 2011

ramadhan bakal pergi

Hari ini sudah 24 hari menempuhi ramadhan pada tahun ini. Tinggal 6 hari saja lagi. Sayu pula rasanya. Harap-harap dapat dipertemukan lagi ramadhan akan datang. Ramadhan kali ini memberikan pengalaman baru untuk aku. Dengan kerajinan masak tahap tertinggi.hahaha. Kemalasan melipat baju juga tahap tertinggi. hahahaha.

Firas kali ini budak shomot yang baik. Setiap kali nak masuk azan (x kira la azan solat mana pun) aku bukak rancangan astro oasis Indahnya Iman. Dia akan berdiri atau duduk dengar dan lihat dengan penuh fokus. Masa tu buat ape2 kt dia pun dia x peduli. hahaha. Aku harap akan berterusan.....

Firas juga sekarang sudah pandai meniru gaya orang solat. hahaha. comel je tgk. kalau aku solat (aku solat kt bilik mainan dia) dia akan duduk kt tepi. Bila aku sujud, dia pun tunduk kepala sujud. Macam kita sujud. Mulut pun terkumat kamit. hahahaha. kadang-kadang kita sujud, dia sujud jugak betul2 tepi muka kita. x sempat nk rakam lagi aksi si shomot ni meniru gaya org bersolat. comel sungguh.
Bila ramadahan melabuhkan tirai ...(hahaha.. sungguh x konsisten isi post kali ini).. bermakna Syawal datang lagi. Baju kami tiga beranak mengikut tema sebelah aku. Aku rasa kami sekeluarga memang dari dulu lagi bertema-tema ni. Orang JOHOR memang exsited bertema-tema ni. hahaha. kali ini tema Turqoise. Baju org lelaki satu papan kain yg sama. Tapi utk ladies.. kami cuma asalkan ada warna turqoise sudah cukup. maklumlah kami yg beli. hahaha. Yang pasti mesti ikut tema. Sebagai contohnya adalah gambar-gambar berikut:-


tahun 2004... kami berpepel bersama. Muka adik lelaki aku 2 org x hensem lgsg. kah kah.


 Kami berbiru bersama kakak ipar baru. tapi kenapa aku masih memberikan pose yg sama? aku macho..hahha


 kami grup Hijau Daun. hehe. tapi kenapa adik aku masih  spt dulu. hahaha. sedey awek dia tgk gmbr ni.

 masih sama pose aku. cuma kali ni aku sorokkan bekas kuih raya. haha. ni taun lepas. eh mana firas????


 hahaha. ini je gmbr kami ber3 raya taun lepas. sebab mr adib ni pemalu sangatt.. x suke bergambar. hahaha.


Wah byknye gmbar kali ni. Kepada adik-adik aku bujang 2 org tu. sory bro letak gambar masa kejatuhan korang. kah kah kah. ini sesi mengimbau tema baju raya. memandangkan bulan posa da nak sampai penghujung.
 

 to firas ihtisam: tahun ini raya umah opah ngn aki. kamu mama da belikan samping. x sabar mama nk tgk.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan kareem

Assalamualaikum.... Salam ramadhan buat semua. Hari ini sudah hari ke-2 dibulan Ramadhan al Mubarak. 



Tahun ini juga tahun pertama berpuasa dengan firas dan mr adib sahaja. Owh sungguh menduga jiwa dan perut. Petang semalam, sesudah mengambil firas di rumah atok (firas balik awal sangat.. huhu) kami berdua bertungkus lumus memasak untuk berbuka. Dengan masa yang tinggal cuma 1 jam je lagi. Bersungguh-sungguh aku ngn mr adib memasak. macam dalam dapur masterchef jer... hehehe   kami sibuk memasak, firas jugak sibuk memasak. habis periuk2 dalam kabinet dapur dikeluarkan. Punya la dia sibuk, last-last meraung sebab jari kecil dia tersepit kat kabinet. haishhhh..... budak kecit ni mmg aktif sesangat.

kami selesai memasak lagi 5 mins nk berbuka. hehehe.. nasib da sempat hidang. kami berbuka, firas pun berbuka jugakkk. tapi x kacau la. sebab dia asyik tengaok rancangan Indahnya Iman kt astro oasis. Syukur. Alhamdullilah.

Semasa di opis, aku pump susu. terus rasa kering tekak. Dugaan sungguh. Balik dari opis bf firas sekejap jer. Terus ke dapur. Sebab tu la agaknye firas pun sibuk nk berbuka. Di opis bersyukur la sebab ade aircond. kalu takde tatau la ape rasanya. Tapi hari pertama puasa, rasanya ok sahaja. Cuma hari ke-2 ni da rasa ngantuk sangat2.

Harapan aku semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang terdahulu. Lagipun firas sudah besar dan mudah dikendalikan. hehehe. Dan semoga Allah mempermudahkan puasa aku untuk tahun ini. 

 budak kecit ini mmg excited ngn video elmo. hohohoh

to firas ihtisam : mama berangan2 cmne la nk latih kamu puasa satu hari nnt.