Tuesday, July 26, 2011

rumah = ikan ???

Meniti hari-hari dengan berlari dan berjalan dan kadang-kadang terlompat-lompat. adakalanya terkehel kaki seblah kanan. huhuhuhu. berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang berbeza setiap hari membuatkan diri seperti kaki diatas dan kepala ditepi. keh keh keh......

memiliki rumah sendiri menjadi impian setiap insan yang bernama manusia. tetiba perenggan ini macam tadek kaitan dengan pperenggan pertama. hohohoho...kucing kt rumah nama bobob pun nak ade sangkkar sendiri. hari- hari ade saja yang datang minta pendapat dan kadang-kadang terus datang ke pejabat untuk urusan jual beli rumah. ade yang datang dengan hati kosong dan otak kosong. ada yang datang dengan hati penuh dan otak kosong dan jugak yang datang dengan hati dan otak penuh dan dipenuhi dengan lagak seorang yang HEBAT. walaupun dimata kita x hebat. dia tetap nak nampak hebat

menangani dan mendepani manusia jenis yang ketiga adalah yang paling x boleh blahhhh..... situasi seperti berikut:-

razali : saya nak jual rumah. bulan depan saya nak balance. harini saya nk deposit saja

aku : x boleh incik.. kene tggu consent dulu. lagipun pembeli kan buat pinjaman bank. Bank hanya akan keluarkan duit bile consent da dapat dan da daftar gadaian atas nama bank

razali : berapa lama plak saya nak tggu consent ni

aku : 6 bulan la standard kt pahang ni. Pahang kan besar. byk tanah. menteri besar pon sibukkkkkkk nk sign surat.

razali : wohhh... lamanya.. kt terengganu sekejap ja. apalah pahang ni

aku : pahang x sama ngn tgganu. 

razali : ishhhh... saya x suka betul la kt sini. seme bende lambat. kalu saya tau saya pakai loyer lain.

aku : saya x suruh pakcik dtg cni. pakcik yg dtg. pegila cari loyer yg boleh buatkan yg mcm pakcik mahu...saya  x kisah

pembeli : ala cik razali. kalu carik loyer lain pun sama. bukan salah loyer. salah sistem yg lambat. lagipun kita jual tanah bukan jual ikan...

:- seseungguhnya mereka yang nampak konon hebat.. mereka x hebat pon. sebab mereka nk duit cepat jer. mereka duit x cukup. byk lagi mereka yg cool jer.. tggu saja 6 bulan br file jalan. sbb mereka kayo...


situasi lain.. mereka golongan yg ketiga jugak


"malam semalam, baru PM umumkan Skim Rumah Pertamaku"...


Razali : anak saya nk buat pinjaman dengan bank ni. nah awak tgk ade skim rumah pertamaku. anak saya mesti layak. so, saya tanak bayar deposit lagi. tggu dulu full loan dia lulus. saya da apply di MBB.


aku : okeh.. saya tggu respon dari MBB. nnt saya cek ngn officer dia.


selang seminngu


aku : cik naza... cmne apllication anak razali utk full loan dia. 


naza : hahaha... mana la lepas, da la baru je PM umum.. kami tade dpt circular ape2. lagipon dia x layak saya rasa. sebab anak dia tu keje dgn bapak. epf seme tade. dia siap bwk keratan akhbar tunjuk kt saya aritu.


aku : owh.. ho... sama la kita


:- sesungguhnya... berlagak sombong takkan membawa kamu kemana-mana.


Pelbagai ragam manusia.. semuanya datang dengan satu tujuan. menjual atau membeli rumah. ingatlah bahawa membeli rumah adalah SAMA SEKALI TIDAK SAMA dengan membeli ikan di pasar....

bagi menghilangkan tekanan kerja melihat gambar firas ihtisam adalah penawarnya

semasa gigi pertama tumbuh....


to firas ihtisam : mama sangat letih hari ini. :(

Tuesday, July 19, 2011

QORUSSS


Dulu kamu tembam.....
 
 

sekarang kamu underweight
 
pipi kamu x tembam da.... 
 
  kadang-kadang nampak tulang macam tok dalang (upin n ipin)
 
mama da buntu....
 
tapi, kamu sihat mcm biasa saja

 

to firas ihitisam: esok kita jumpe dr. khairul lg. dia jugak kurus. hehehe....

Monday, July 18, 2011

terbaekkk

Lama sudah x berbelog. hampir sebulan. bukan bz. bukan tada masa. tapi ade penyakit MALAS. kadang-kadang rasa pemalasnye aku. seme bende malas. masak malas. nasib mr adib rajin masak. cewahh. siap masuk blog kata husband sendiri rajin masak. hohohoho. rajinla. aku masak perkara-perkara yang wajib masak. mr adib rajin mencuba masakan2 baru. berdasarkan resepi di internet dan buku masakan aku yang aku beli 3-4 tahun lampau. hahahha. 

Ape yang terbaekk nye? masakan mr adib ka? owhh... x sampai ke tahap terbaekk lagi. kikiki. yang aku kata terbaek adalah KETAM MASAK TELUR MASIN. fulawehhh... sodap hingga menjilat jari. luka-luka jari mr adib makan ketam. i takkk.. firas makan dengan laju. ketam owh ketam. Terima kasih kepada kedai makan MARINA SEAFOOD, Tg Lumpur. kenapa lah kamu masak ketam dengan sedap sekali. 

Masa first time pegi makan kt situ, bawak pak mentua dan mak mentua makan sekali. Konklusi pak mentua aku, "da namanya ketam mmg la sedap kalu masak ape pon." ye ke bah?  Macam mana ketam tu di masak oleh orang seperti aku? tentu x sedap. sebab aku mmg x pandai masak ketam. jadi :- kombinasi ketam dan masakan yang sedap menjadikan KETAM MASAK TELUR MASIN ADALAH YANG TERBAEKKK!!!!!!.

kepada mereka-mereka yang berada di sekitar Kuantan dan tempat-tempat sekitarnya, silalah ke kedai MARINA SEAFOOD di tg Lumpur untuk pekena ketam tersebut. aku buat post ni mmg didedikasi untuk kedai tersbut. sebab sedap sangat. terima kasih wahai tokey kedai. sebab menghidangkan ketam yang sangat best. walaupon aku bayar 100gm ketam dgn harga rm4.50. Hihihihi. aku da pegi 2 kali. sbb best sgt. hhahaha. byk sgt tulis "best sgt".


Firas ihtisam tunjuk perangai masa mula-mula sampai kedai.

gambar ketam yang telah dibaham oleh kami 3 beranak. maap gambar guna hp cap ayam.
 
 
 
To firas ihtisam : bila kamu da besar baru mama cuba masak ketam masak telur masin ini okeh.. sekarang kita rasai dulu kedai ni punya. mama mengkaji dan terus mengkaji... :)

Thursday, June 16, 2011

kakak cantek

Semakin hari firas ihtisam semakin..... semakin ape ek. bijak / nakal. buat macam-macam benda. Banyak perkara yang aku semakin aku kenalpasti dengan perangai firas ihtisam ni.

situasi 1:
setiap pagi hantar ke taska, dia akan menangis jika yang mengambilnya adalah kakak yg kureng cantik. bukan x cantik. di taska ade seorang kakak yang comel + kiut +. Jika kakak yang cantik tersebut mengambilnya dari dukungan aku di taska, dia akan mendepangkan tangan dan penuh rela diambil untuk ditinggalkan di taska. kadangkala sampai boleh bye-bye kt aku. huhuhu..

situasi 2:

kalau balik ke kg opah, ade jiran sebelah rumah yang ada anak lebih kuang umur firas. Kalau jumpe budak tu, dia buat dekk jer... x usik pon. x kacau pon. tapi budak tu je yang asik kacau-kacau dia. Ambil toys dia. Tapi dia menggambarkan seolah-olah budak tu x wujud. TAPI..... semalam masa jumpe anak membe kt kuantan, boleh pulak dia cuit-cuit budak tu. Nama dia tisya. hurmm.. mama pelik. adakah sebab tisya lebih comel daripada budak kt kg opah tersebut?

situasi 3:

Ditaska rupa2nya firas asik duduk sebelah kakak cantek sahaja. AKu pernah wat spotcheck dalam pukul 3 petang. Aku tgk budak-budak lain melompat-lompat depan tv. carik punya carik rupa2nya firas ihitisam duduk seblah kakak cantek main botol susu. hahahaha. 

situasi 4: 

jumpe pengasuh taska firas di bus stand. asik memuji firas. ayat pengasuh firas " dia suke makan sayur. kasi je la seme sayur, seme dia makan. firas makan x gelojoh. makan satu persatu. firas JIWA KENTAL. sebab dia kalau budak besar kacau2 dia. dia wat dekk jer. x nangis. tapi... dia kene jaga oleh kakak cantek sahaja". alahai anak mama.... kt rumah kamu sangat manja.


banyak lagi perkara-perkara yang dibuat oleh firas membuatkan aku berfikir sendirian. kadang-kadang nak marah, kadang-kadang ketawa, kadang-kadang geram. aduhai firas meniti hari-hari mendatang bersama kamu membuatkan mama sungguh x sabar. 
saat-saat kegemilangan firas. saja letak gambar lama budak comot ini.



 
to firas ihtisam:- kamu buah hati mama, baba, atok, nenek, opah, aki dan semuanya. walau pelbagai ragam kamu lakukan. semuanya adalah Penawar buat kami.

Sunday, May 29, 2011

2 tahun sudah

30/05/2011 is my 2nd wedding anniversary. Alhamdullilah. Ya Allah sudah 2 tahun. But.... Sometimes i do feel like its 10 years already. hahahahha. Serius x tipu. Masih jauh perjalanan hidup ini. to my husband mr adib : heppi anniversary. i maafkan u even taun lepas u mcm-mcm lupa saja. hehehe. this year better. 

yeah.. dulu we all slim shady...

 
to Firas Ihtisam : kamu penambah perasa dalam perkahwinan ini.
to mr adib : i tatau u baca ke x. but mama firas love u. acehhhhhhhhh
 

Monday, May 23, 2011

Menzahirkan kemarahan

Semalam pagi isnin aku dapat sms dari pengasuh firas. Ayat berbunyi "Salam..mandi firas, dah bsar oklh blh mndi awl.."  Aku quote sebijik-sebijik dari apa yang dia tulis kt sms. Apakah yang patut aku rasa? Mmg lah aku bengang. Patutke aku mandikan firas kul 6.30 pagi Sambil aku bersiap-siap nak pegi keje. Perkara pertama yang terdetik dalam hati aku adalah "amboi pengasuh ni, bukan main kasi arahan ke aku". Kedua adalah x samapai hati aku nak mandikan firas pagi-pagi sedangkan selama ini dia mandi kul 9-10 pagi. Huhuhuhu.

Siap solat aku terus cakap kt mr adib. Mr adib suh cari pengasuh lain je la. This is 2nd time already. Before this she has several times told me "  nini stress akak jaga firas arini, dia nangis jer". huhuhu. How should i feel? Tersentak hati mangatakan yang dia mmg da x larat nak jaga firas. Tapi aku sabar je la. Dalam hati apalah yang firas ihtisam buat sampai pengasuh stress ni. Pelbagai andaian aku cuba buat. Maybe firas ni asik nangis sebab dia suke mengembara dirumah pengasuh. Maybe firas kacau barang-barang anak dia. Maybe firas asik nk dukung saja. Maybe firas kuat makan? Hurmmm....

Sejarahnya aku hantar kt pengasuh ni adalah sebab aku mmg xmo hantar firas pi taska masa dia umo 3 bulan. Cari punya cari ade la sorang staff kt tmpt mr adib keja memberi no tel penngasuh ini. before hantar firas aku pi survey dulu rumah pengasuh ni. ok ja. Dia mmg penah jaga budak dan bayi. So bila tanya berapa harga nk kasi, aku ingt lagi ayat dia " kasi je la berapa-berapa". Konon nak nmpak innocent la. cettt. Masa aku hantar cuma ada firas sorang. A week after that dtg la seorang lg. then awal tahun ni bertambah seorang lagi bayi. Everything ok masa mula-mula. Tapi selepas bayi baru masuk. aku rasa pengasuh da x mampu nk handle 3 org budak dlm satu hari. Mujur ada anak lepas spm, boleh tolong-tolong. Tapi selepas anak dia masuk uitm, terus suruh aku mandikan firas kul 6.30 pagi. 

Semalam petang jugak aku pi tengok Taska Hadhanah kt kawasan perumahan aku tuh. Tengok macam ok je seme. Dengan schedule dan resepi makan firas nnt. Aku terus je daftar tanpa berfikir 2 atau 3 kali. Aku mmg nekad da. Esok nak hantar firas ke Taska baru. Tapi aku risau budak-budak besar pukul-pukul dia. Serius aku risau. Tapi tak mengapa lah. No choice. Hantar saja. Aku mmg x boleh nk tgk muka pengasuh tu lagi. Aku sejenis manusia yang akan buat muka x suka kalau aku x suka. Depan-depan aku buat muka. Semalam pagi masa hantar firas, aku x tengok pon kt pengasuh tu. Kasi je firas ke dia. Hahahaha. Emo sungguh aku nih.

Then, semalam petang selepas daftar firas aku terima sms dari pengasuh " Salam... kak mnta maaf psal pg tadi swoh fras mndi trus.. kak skit kpla sb tu mnta tlg nini mndikan.." Pulakkk.... kenapa baru sekarang akak cakap akak sakit kepala. Kenapa x pagi tadi? Kenapa lepas saya buat muka benci tadi. Semuanya aku cakap dalam hati saja. Huhuhu. Aku bukan la sejahat yang kau sangka. Aku tau dia jaga firas tu pun sebab dia nk bantu husband dia dalam sekolahkan anak dia. Aku paaham. Sebab tu aku x berkira sanagt nk byr bape. Even kt taska ni pun murah dari apa yg aku bayyar kt dia. Complete seme. yang penting x payah aku mandi  firas pagi-pagi. Aku rasa kalau dekat 1st sms tu dia da cakap dia sakit kepala, aku xda la hangin pun. Aku x kisah pon nk mandikan firas. Aku bukan jahat. Aku ada hati dan perasaan. Tapi dalam 1st sms kau x cakap pon kau sakit kepala. Kau kasi arahan kepada aku untuk mandikan anak aku saja. Dan seolah-olah aku kene mandikan every morning sebab firas da besar. itu yang aku paham. 


Aku tatau betul atau tidak tindakan aku ni. Aku pasrah saja. Untuk akak pengasuh, saya tau menjaga firas ihtisam aka budak kecit bukan mudah. Saya pun x termampu nk balas jasa akak. dari firas 3 bulan sampai firas 14 bulan akak jaga. Terima kasih untuk semuanya. Saya tau akak dan keluarga orang baik. Saya x nafikan. Tapi saya juga manusia yang bisa bengang dan hangin tetiba. Emo tetiba. Lagi-lagi melibatkan putra kesayanagn saya. Firas ihtisam. Tujuan saya hantar firas pi taska adalah supaya dia boleh baca doa makan, doa tidur dan berkawan dengan ramai orang. Jangan sangka saya kejam dengan tindakan kali ini. Tak mengapa rezki anak-anak akak mesti ada. :) Maafkan saya andai tersalah kata, terlanjur bicara. 

Untuk peringatan semua, sesungguhnya, bukan mudah menyatakan perasaan diri di dalam sms. Semua bisa disalah tafsir. Kan lebih elok jika di tutur seperti biasa. Atau di tulis dengan cara yang sungguh bijaksana agar tiada salah kefahaman buat si penerima. 

budak busuk masyam

To firas ihtisam: mama ni cepat melatah bila ada bende melibatkan kamu. kamu harus ingat masa kamu kecil mama hntar pada pengasuh yg baik. :)

Sunday, May 15, 2011

to IBU

weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....(baca dalam nada riang ria)

sementelahan hari ini yg sunyi dari phone call dan client, aku sebagai seorang anak ingin menucapkan selamat hari ibu. hehehehe.. biarpon da lewat seminggu lebih. tapi akhirnya aku post jugak pasal hari ibu. sedikit sajak yang direka khas utk ibu........



Ibu
Kau segalanya bagiku
Ibu kau yang terbaik 
Kau tiada pengganti
kau pendengar
kau pendamai
kau temanku yang terbaik yang pernah kumiliki.
terima kasih ibu


sajak ini didedikasi buat ibu aku yg bernama zaiton ibrahim. 
dari anakmu yg comel :- nini 
12.43 pm
16/5/2011



to firas ihtisam: mama tau dari hati kamu, kamu juga ucap selamat hari ibu buat mama. :)