Wednesday, September 21, 2011

They are STUPID!!!!!!!!!

Aku sangat bengang dengan jiran sebelah rumah. Mereka mengaku mereka adalah STUdent UNITEN. tapi mereka adalah STUPID guys. 

1) org-org bodoh ini membuang sampah didepan rumah mereka. tepi rumah aku. simpan sampah kering dan basah bersama dan buang di tong sampah besar bila kene tegur dgn org sebab dah berulat or berbau busuk.


2) org-org bodoh ini buat bising tiap malam. main mercun pukul 11 malam. 

3) org -org bodoh ini  PENGOTOR. mereka mmg pengotor. 

They dont deserve the title as students cause they actually just stupid guys.

p/s : hoping that i have a client like a police officer. or a bouncer. hahaha.

 rasa nk tumbuk muka sekor-sekor monyet seblah rumah

Wednesday, September 7, 2011

Syawal Datang Lagi

Setelah seminggu bercuti sempena hari raya aidilfitri. Akhirnya 5/9/2011 kembali memulakan kerja seperti biasa. Semangat untuk bekerja sungguh hilang entah kemana pada hari pertama bekerja. Teringat firas ihtisam yang menangis beria bila hantar ke taska. Aduh.....

Menyambut Syawal kali ini di perantauan (aceh.... kira perantau la jugak sebab x raya kt kg sendiri) berbeza sikit. Pertama kt kg mr adib cuma ada mak mentua, pak mentua (kerja pada hari raya). Kalu kt umah aku ada seme org kecuali Abg ngn kakak ipar yg kt sabah. Abg ipar yg duduk serawak pun raya kt cni. Malam raya biasanya bising la. Tapi kt kg mr adib ni, sunyi sikit. Tapi nasib baik ada pertandingan membakar mercun. Hampir kesemua rumah main mercun. Paling koman pun ade la bunga api. Mr adib telah membelanjakan RM50 untuk bunga api & mercun. Siap beli kt Hospital lagi. hahahaha.

Tujuan asal beli bunga api nak suruh firas ihtisam excited dengan bunga api. Tapi lain pulak jadinya. Firas menangis beria-ria takmo tgk bunga api. Ajak duduk kt luar tengok pun tanak. Hahahaha. Tapi setelah cubaan berkali-kali finally dengan bunga api berbaki sikit saja nak jugak la dia main bunga api. Tapi dengan syarat ada  dendangan lagu hari raya. Hahahahaha.
sila abaikan suara nyanyian yg kurang menyenangkan tsbt. huhuhu


Hari pertama berhari raya kami beraya dekat umah jiran2 sahaja. Kerana petang hari raya pertama tersebut firas telah muntah-muntah. huhuhu. sangat kesian. Katanya akibat makan lemang dan ketupat dengan bayak sekali. Ntah lah. Tapi pada pagi raya kami sempat merakamkan gambar bersama. Even dslr yg ada x boleh pakai. huhuhuhu. even da remind mr adib. Nasib baik ada kamera x berapa nk dslr dr hp samseng mr adib. so kami dapat la gambar ni:-

firas dlm keadaan terpaksa


Hari raya kedua kami bergerak dari kg mr adib ke muadzam. then salam2 raya dengan adik bujang aku yg sedang menuggu duit raya dari kami. terus kami berkonvoi ke segamat pulak. Time ni firas da pegi hospital. da amik ubat dari farmasi. firas mmg x ceria. moody je. nak berdukung ngn aku je. sampai di segamat beraya bersam-sama sepupu sepapat. makan rendang daging dengan byknye. firas masih dalam keadaan yg sedikit pulih. Banyak sgt angin dalam badan dia. Mula-mula badan x panas. Tengahari sikit je badan da stat panas. Finally dia terbaring tido tepi aku dalam bilik. Nasib baik ade nek moh hehehehehhe. Kezen aku ni pandai urut2 org. dia urut2 la firas. buang angin dalam badan. Alhamdullilah x lama lepas tu firas pun bergerak cergas. Syukur Ya Allah.

Hari raya ketiga kami sekeluarga ke Muar untuk bertemu dengan Uleen dan Eta. Membe kt uia. Oh sesungguhnya setahun sudah berlalu. Tahun lepas Uleen ngn Eta dtg raya smaapai ke kg mr adib. hohohoho. Sungguh terharu aku dibuatnya. Tahun ni kami pulak sampai. Aku siap bawak tentera 2 org beraya. bawak je budak bujang 2 org. senang nnt nk suh jaga firas. heheheh. Firas ihitsam sungguh mesra. Cium pipi anak dara org. hahaha. Eta ngn Uleen nnt da besar kita citer ke firas dia beria cium pipi korang. keh keh keh.



Hari raya yg seterusnya kami duduk umah ja. kejap aku ke umah ibu yg 5 mins je dari umah aku. bawak firas main kolam. hurmm... cuma sabtu lepas je kami ke kuantan. beraya di umah umaimah dan mainah. pastu kembali kepada rutin harian. 

Tahun ni aku x buat umah terbuka (ayat x boleh blah. macam tiap2 tahun buat umah terbuka) hehehe. sape2 nk dtg.... pintu umah mmg terbuka. kui kui kui. Kepada semua, selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

To firas ihtisam :  kamu comel sungguh berbaju melayu. tahun depan kita bersongkok pulak.
 

Tuesday, August 23, 2011

ramadhan bakal pergi

Hari ini sudah 24 hari menempuhi ramadhan pada tahun ini. Tinggal 6 hari saja lagi. Sayu pula rasanya. Harap-harap dapat dipertemukan lagi ramadhan akan datang. Ramadhan kali ini memberikan pengalaman baru untuk aku. Dengan kerajinan masak tahap tertinggi.hahaha. Kemalasan melipat baju juga tahap tertinggi. hahahaha.

Firas kali ini budak shomot yang baik. Setiap kali nak masuk azan (x kira la azan solat mana pun) aku bukak rancangan astro oasis Indahnya Iman. Dia akan berdiri atau duduk dengar dan lihat dengan penuh fokus. Masa tu buat ape2 kt dia pun dia x peduli. hahaha. Aku harap akan berterusan.....

Firas juga sekarang sudah pandai meniru gaya orang solat. hahaha. comel je tgk. kalau aku solat (aku solat kt bilik mainan dia) dia akan duduk kt tepi. Bila aku sujud, dia pun tunduk kepala sujud. Macam kita sujud. Mulut pun terkumat kamit. hahahaha. kadang-kadang kita sujud, dia sujud jugak betul2 tepi muka kita. x sempat nk rakam lagi aksi si shomot ni meniru gaya org bersolat. comel sungguh.
Bila ramadahan melabuhkan tirai ...(hahaha.. sungguh x konsisten isi post kali ini).. bermakna Syawal datang lagi. Baju kami tiga beranak mengikut tema sebelah aku. Aku rasa kami sekeluarga memang dari dulu lagi bertema-tema ni. Orang JOHOR memang exsited bertema-tema ni. hahaha. kali ini tema Turqoise. Baju org lelaki satu papan kain yg sama. Tapi utk ladies.. kami cuma asalkan ada warna turqoise sudah cukup. maklumlah kami yg beli. hahaha. Yang pasti mesti ikut tema. Sebagai contohnya adalah gambar-gambar berikut:-


tahun 2004... kami berpepel bersama. Muka adik lelaki aku 2 org x hensem lgsg. kah kah.


 Kami berbiru bersama kakak ipar baru. tapi kenapa aku masih memberikan pose yg sama? aku macho..hahha


 kami grup Hijau Daun. hehe. tapi kenapa adik aku masih  spt dulu. hahaha. sedey awek dia tgk gmbr ni.

 masih sama pose aku. cuma kali ni aku sorokkan bekas kuih raya. haha. ni taun lepas. eh mana firas????


 hahaha. ini je gmbr kami ber3 raya taun lepas. sebab mr adib ni pemalu sangatt.. x suke bergambar. hahaha.


Wah byknye gmbar kali ni. Kepada adik-adik aku bujang 2 org tu. sory bro letak gambar masa kejatuhan korang. kah kah kah. ini sesi mengimbau tema baju raya. memandangkan bulan posa da nak sampai penghujung.
 

 to firas ihtisam: tahun ini raya umah opah ngn aki. kamu mama da belikan samping. x sabar mama nk tgk.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan kareem

Assalamualaikum.... Salam ramadhan buat semua. Hari ini sudah hari ke-2 dibulan Ramadhan al Mubarak. 



Tahun ini juga tahun pertama berpuasa dengan firas dan mr adib sahaja. Owh sungguh menduga jiwa dan perut. Petang semalam, sesudah mengambil firas di rumah atok (firas balik awal sangat.. huhu) kami berdua bertungkus lumus memasak untuk berbuka. Dengan masa yang tinggal cuma 1 jam je lagi. Bersungguh-sungguh aku ngn mr adib memasak. macam dalam dapur masterchef jer... hehehe   kami sibuk memasak, firas jugak sibuk memasak. habis periuk2 dalam kabinet dapur dikeluarkan. Punya la dia sibuk, last-last meraung sebab jari kecil dia tersepit kat kabinet. haishhhh..... budak kecit ni mmg aktif sesangat.

kami selesai memasak lagi 5 mins nk berbuka. hehehe.. nasib da sempat hidang. kami berbuka, firas pun berbuka jugakkk. tapi x kacau la. sebab dia asyik tengaok rancangan Indahnya Iman kt astro oasis. Syukur. Alhamdullilah.

Semasa di opis, aku pump susu. terus rasa kering tekak. Dugaan sungguh. Balik dari opis bf firas sekejap jer. Terus ke dapur. Sebab tu la agaknye firas pun sibuk nk berbuka. Di opis bersyukur la sebab ade aircond. kalu takde tatau la ape rasanya. Tapi hari pertama puasa, rasanya ok sahaja. Cuma hari ke-2 ni da rasa ngantuk sangat2.

Harapan aku semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang terdahulu. Lagipun firas sudah besar dan mudah dikendalikan. hehehe. Dan semoga Allah mempermudahkan puasa aku untuk tahun ini. 

 budak kecit ini mmg excited ngn video elmo. hohohoh

to firas ihtisam : mama berangan2 cmne la nk latih kamu puasa satu hari nnt.

Thursday, July 28, 2011

Kawen ...........Anak

Aku bukan nk cerite pasal org kawen terus dapat anak. Tidak tidak sama sekali. Sebenarnya adalah berkaitan dengan schoolmate aku. Sorang dapat isteri, sorang dapat baby, semoga bahagia nanti di Aidilfitri. Hehehe. pantun 3 kerat yang boleh digunapakai.

Aku rangkumkan sekali tajuk ini cuma atas satu je sebab. Sebab aku pergi kenduri kawen dan tgk baby baru lahir dalam masa 1 hari. Da lama da membe aku ni kawen, tapi sebab nk tggu gambar aku br dpt dari dia. so tertundalah aku nk citer pasal ni.

Tahniah kepada membe satu sekolah ngn aku dulu Amin dan pasangannye. Wife dia org terengganu. Aku cume teringt satu bende je masa borak2 ngn wife dia.

wife amin : amin NANO x kt sekolah

aKU : ha? nano... (sambil pandang mama aula)... 

Hihihi mula-mula aku blur apekebende nano itu. tapi lepas tu aku paham la. nano tu macam gile-gile. kih kih kih.

Tapi mama aula ngn wife amin borak x hengat. sebab satu negeri. so, kekangan bahasa membuatkan aku mcm x paham pape. padahal aku sibuk kejar firas ihtisam nak naik tangga ke pelamin nan indah. hehehe.

dari kiri: mr adib, shahril, amin, wife, aku dan mama aula. aku dan mama aula haruslah menyegetkan bdn utk keseimbangan.... kami seme satu sekolah.. kecuali wife amin. hohohoho


selesai sesi reunion... aku pegi ke kg cempaka pulak. nak tgk baby baru lahir. bukan la baru sgt... da abes pantang da. Tapi lama gile x jmpe membe aku sorang lagi nih. kt sekolah dulu baik sgt. abes sekolah je trus x contact. last aku jmpe dia masa kenduri kawen aku. Aku baru tau masa dia dtg ke kenduri aku tu dia naik motor dgn bawak sorang anak dan sorang lagi dalam perut. huhuhu. Kagum aku. itu namanya sahabat... ecececece.... 
 
to Mainah... selamat menjadi ibu yang mithali. walaupun anak ko da 3 org lelaki semenye.. tggu yg ke-4, Insya Allah baby gurl. Allah bersama org2 yg sabar. hihihi. 
dia memang ingin baby gurl.. cuba tgk cap botol susu pon pink. hehehehe
 
 
Masa mula-mula masuk rumah dia setelah 2 tahun x jmpe....
 
Mainah  : wei, aku cop anak ko utk anak aku ek
 
Aku      : gile ko. anak aku lelaki la. hahhaa
Mainah : laaa. ingt perempuan.. baru nk buat menantu...
 
Sian budak2 sekarang. dari kecik lagi mak ngn bapak da main cop2. macam tu la agaknye zaman dolu-dolu. Tapi sian firas ihtisam. masih lagi org ingt dia baby girl.. dress up da mcm baby boy pun org still ingt dia gurl. keluh kesah mama masa firas kecik dulu ade kt sini.
 
to firas ihtisam : mama risau kamu underweight...

 

Tuesday, July 26, 2011

rumah = ikan ???

Meniti hari-hari dengan berlari dan berjalan dan kadang-kadang terlompat-lompat. adakalanya terkehel kaki seblah kanan. huhuhuhu. berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang berbeza setiap hari membuatkan diri seperti kaki diatas dan kepala ditepi. keh keh keh......

memiliki rumah sendiri menjadi impian setiap insan yang bernama manusia. tetiba perenggan ini macam tadek kaitan dengan pperenggan pertama. hohohoho...kucing kt rumah nama bobob pun nak ade sangkkar sendiri. hari- hari ade saja yang datang minta pendapat dan kadang-kadang terus datang ke pejabat untuk urusan jual beli rumah. ade yang datang dengan hati kosong dan otak kosong. ada yang datang dengan hati penuh dan otak kosong dan jugak yang datang dengan hati dan otak penuh dan dipenuhi dengan lagak seorang yang HEBAT. walaupun dimata kita x hebat. dia tetap nak nampak hebat

menangani dan mendepani manusia jenis yang ketiga adalah yang paling x boleh blahhhh..... situasi seperti berikut:-

razali : saya nak jual rumah. bulan depan saya nak balance. harini saya nk deposit saja

aku : x boleh incik.. kene tggu consent dulu. lagipun pembeli kan buat pinjaman bank. Bank hanya akan keluarkan duit bile consent da dapat dan da daftar gadaian atas nama bank

razali : berapa lama plak saya nak tggu consent ni

aku : 6 bulan la standard kt pahang ni. Pahang kan besar. byk tanah. menteri besar pon sibukkkkkkk nk sign surat.

razali : wohhh... lamanya.. kt terengganu sekejap ja. apalah pahang ni

aku : pahang x sama ngn tgganu. 

razali : ishhhh... saya x suka betul la kt sini. seme bende lambat. kalu saya tau saya pakai loyer lain.

aku : saya x suruh pakcik dtg cni. pakcik yg dtg. pegila cari loyer yg boleh buatkan yg mcm pakcik mahu...saya  x kisah

pembeli : ala cik razali. kalu carik loyer lain pun sama. bukan salah loyer. salah sistem yg lambat. lagipun kita jual tanah bukan jual ikan...

:- seseungguhnya mereka yang nampak konon hebat.. mereka x hebat pon. sebab mereka nk duit cepat jer. mereka duit x cukup. byk lagi mereka yg cool jer.. tggu saja 6 bulan br file jalan. sbb mereka kayo...


situasi lain.. mereka golongan yg ketiga jugak


"malam semalam, baru PM umumkan Skim Rumah Pertamaku"...


Razali : anak saya nk buat pinjaman dengan bank ni. nah awak tgk ade skim rumah pertamaku. anak saya mesti layak. so, saya tanak bayar deposit lagi. tggu dulu full loan dia lulus. saya da apply di MBB.


aku : okeh.. saya tggu respon dari MBB. nnt saya cek ngn officer dia.


selang seminngu


aku : cik naza... cmne apllication anak razali utk full loan dia. 


naza : hahaha... mana la lepas, da la baru je PM umum.. kami tade dpt circular ape2. lagipon dia x layak saya rasa. sebab anak dia tu keje dgn bapak. epf seme tade. dia siap bwk keratan akhbar tunjuk kt saya aritu.


aku : owh.. ho... sama la kita


:- sesungguhnya... berlagak sombong takkan membawa kamu kemana-mana.


Pelbagai ragam manusia.. semuanya datang dengan satu tujuan. menjual atau membeli rumah. ingatlah bahawa membeli rumah adalah SAMA SEKALI TIDAK SAMA dengan membeli ikan di pasar....

bagi menghilangkan tekanan kerja melihat gambar firas ihtisam adalah penawarnya

semasa gigi pertama tumbuh....


to firas ihtisam : mama sangat letih hari ini. :(

Tuesday, July 19, 2011

QORUSSS


Dulu kamu tembam.....
 
 

sekarang kamu underweight
 
pipi kamu x tembam da.... 
 
  kadang-kadang nampak tulang macam tok dalang (upin n ipin)
 
mama da buntu....
 
tapi, kamu sihat mcm biasa saja

 

to firas ihitisam: esok kita jumpe dr. khairul lg. dia jugak kurus. hehehe....